Akhirnya, IMAMS Dibatalkan

Setelah sehari sahaja dikuatkuasakan pada 15 Disember lalu, kerajaan telah membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang mencetuskan penuh kontroversi. Bukan sahaja rakyat, malah golongan menteri pun turut membangkang sistem tersebut di atas pelbagai sebab.

Badan kerajaan yang paling banyak terkena tempias sudah pastinya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac). Menterinya, Nazri Aziz menegaskan bahawa sistem IMAMS yang dikuatkuasan pada 15 Disember itu adalah sangat berbeza dengan apa yang dibentangkan dan dibicarakan di parlimen.

IMAMS
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz

Di bawah sistem itu, individu yang ingin menunaikan ibadah umrah dikenakan caj berjumlah RM90.10 merangkumi RM45 bagi caj penggunaan IMAMS, RM40 untuk insurans takaful umrah dan RM5.10 untuk GST.

IMAMS

Agensi pelancongan berstatus muassasah yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) juga diwajibkan menggunakan sistem tersebut yang bertujuan menangani penipuan pakej umrah menerusi proses permohonan visa umrah.

Menurut Perdana Menteri, Najib Razak, beliau sangat tidak bersetuju dengan caj yang dikenakan bagi jemaah umrah menerusi IMAMS, yang ditadbir oleh sebuah syarikat swasta.

IMAMS
Kenyataan Najib Razak menerusi akaun Twitter

Dapat dilihat, IMAMS adalah satu mekanisme yang diadakan untuk mengaut duit daripada jemaah yang ingin menunaikan umrah. Kira-kira 300,000 rakyat di negara ini yang pergi menunaikan umrah setiap tahun. Bayangkan berapa jumlah yang dengan senangnya dikaut oleh syarikat itu jika para jemaah dikenakan caj RM 90.10 setiap seorang ? Dianggarkan mencecah puluhan juta ringgit

Perkara itu sendiri diakui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang percaya bahawa wujud pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam IMAMS. Tambah beliau, Kabinet juga tidak dimaklumkan berkenaan pelaksanaan sistem IMAMS termasuk menyerahkan pengendaliannya kepada syarikat swasta.

Lebih mencetuskan kontroversi, dilaporkan CEO bagi syarikat yang mengendalikan IMAMS juga adalah daripada golongan bukan Muslim. Ini membuatkan ramai masyarakat Islam di negara ini terutamanya pengendali umrah begitu marah dan tidak berpuas hati. Bagaimana boleh seorang bukan Muslim yang tidak pernah menunaikan umrah diberi tanggungjawab mengutip caj tambahan sewenang-wenangnya daripada jemaah umrah ?

IMAMS
Timbalan Menteri Motac. Datuk Wira Mas Ermieyati. Sumber foto : Berita Harian

Buat masa kini, kerajaan sedang mengkaji semula sistem terbaik yang harus digunakan dalam pengendalian ibadah umrah tanpa dikenakan cukai GST. Diharapkan sistem baru yang bakal diperkenalkan nanti tidak akan membebankan lagi rakyat dan pengendali umrah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Sumber : Astro Awani, Berita Harian, The Malaysian Insight

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here