Adakah anda mempunyai keinginan untuk melancong ke luar negara seorang diri? Buat anda yang ingin melancong seorang diri buat kali pertama, semestinya setiap orang mempunyai persoalan yang berlegar di minda: Adakah keselamatan saya akan terjaga? Negara mana yang paling sesuai untuk dipilih? Siapa yang mahu mengambilkan gambar saya?

melancong

Masalah yang paling utama untuk anda yang ingin melancong seorang diri adalah memilih destinasi pelancongan yang paling sesuai.

Di sini, saya akan menyenaraikan beberapa buah negara yang bersesuaian untuk anda yang ingin melancong secara berseorangan menurut apa yang digemari oleh orang ramai.

Terbaik untuk anda yang gemar “adventure” – Amerika Selatan

melancong

Anda boleh mendaki gunung, berkayak, terokai tempat-tempat purba dan jelajah hutan di Amerika Selatan jika anda ingin melihat keindahan yang ada di luar negara. Amerika Selatan adalah negara yang paling sesuai untuk anda yang gemarkan “adventure”.

melancong

“Gingo Trail” yang sentiasa dilalui oleh orang ramai, merupakan antara destinasi yang paling popular oleh para pelancong. Anda juga boleh “buddy up” dengan pelancong lain untuk menikmati keindahan di situ. Di samping, anda juga menambah kenalan yang baru.

Pengalaman yang paling epik apabila anda melancong ke sana adalah berbasikal di kawasan yang paling terkenal di Amerika Utara, “Bolivia Death Road”.

Terbaik untuk anda yang gemar untuk makan – Vietnam

melancong

Negara di Asia yang boleh dinobatkan sebagai negara yang mempunyai pelbagai jenis makanan adalah Vietnam. Terdapat pelbagai citarasa makanan yang menarik perhatian anda.

Di sini juga terdapat pelbagai pasar, “street-food” tour dan juga sekolah memasak dalam kebanyakkan bandar di Vietnam.

melancong

Jika anda ingin kawasan yang tidak mempunyai ramai orang, bolehlah pergi ke Sa Pa.

Pengalaman yang paling epic adalah apabila anda belajar untuk memasak masakan Vietnam, tempat yang paling disyorkan adalah “Hoi An’s Green Bamboo Cooking School”.

Terbaik untuk anda yang inginkan kawasan yang tenang – Ubud, Indonesia

melancong

Bali adalah tempat yang paling sesuai untuk anda yang inginkan percutian yang tenang. Dikelilingi oleh sawah dan kawasan pergunungan, Ubud adalah kawasan yang menakjubkan dan menarik.

Percutian secara perseorangan sudah menjadi kebiasaan di sini. Terdapat pelbagai aktiviti untuk anda seperti yoga dan lain-lain lagi.

melancong

Tempat yang paling menjadi pilihan orang ramai adalah “Taksu Healing Haven” yang merupakan sebuah spa.

Terbaik untuk “tour” secara berkumpulan – Afrika Timur

melancong

Adakah anda mempunyai impian untuk melihat haiwan liar secara terbuka? Anda boleh melancong ke Afrika Timur secara berkumpulan.

Amat penting untuk anda menggunakan agensi pelancongan yang rasmi, supaya perjalanan menjadi mudah kerana di sana adalah tidak mudah dan selamat untuk anda menggunakan kenderaan awam atau memandu secara bersendirian.

melancong

Anda boleh melihat hidupan haiwan liar di “Uganda’s Queen Elizabeth National Park”.

Terbaik untuk anda yang gemar warisan – Rome, Itali

melancong

Bandar ini merupakan negara yang mempunyai pelbagai peninggalan sejarah dan seni bina yang menarik.

Terdapat pelbagai peninggalan sejarah yang banyak, kemungkinan besar anda akan rasa bosan. Jadi, pilihan tempat yang anda ingin berkunjung.

melancong

Tempat yang paling menarik di sini adalah “St Peter’s Basilica” dan “Vatican Museums”.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com


Dipetik, diolah dan diterjemah dari lonelyplanet.com

Facebook Comments

Loading...