Buat penggemar filem Hollywood, anda pasti perasan bahawa sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menggunakan filem yang lama, memperbaharuinya dan meletakkan elemen yang baru atau menghasilkan sekuel.

Akan tetapi, sesetengah daripada filem yang terbaru tidak menghasilkan impak yang sama seperti yang lama walaupun citarasa sudah berubah mengikut peredaran masa.

Jumanji

Buat penggemar filem Jumanji pada tahun 1995 yang dibintangi oleh pelakon hebat, Robin Williams, anda semestinya sudah lama menunggu akan kehadiran filem terbaru Jumanji ini.

Jumanji

“Jumanji: Welcome to the Jungle” akan memberikan anda kepuasan yang secukupnya. Dibarisi dengan pelakon yang mantap seperti Dwane Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan lain-lain lagi dan menurut pendapat saya, sekuel filem ini berjaya menandingi kehebatan filem yang asal.

Turut dibintangi penyanyi antarabangsa terkenal, Nick Jonas! Jika anda meminati Nick Jonas, anda pasti ingin melihat penyanyi kegemaran anda membintangi filem gempak ini.

Jumanji

Filem ini disajikan dengan aksi yang sangat mantap dan jalan cerita yang menarik, semestinya ia akan meninggalkan kesan yang sungguh “wow” kepada anda!

Siri lama filem ini memaparkan kisah yang berkaitan dengan dunia Jumanji yang hidup di dunia manusia apabila sekumpulan kanak-kanak mula bermain dengan papan permainan Jumanji.

Kini, Jumanji melakukan evolusi yang lebih menarik sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini iaitu menjadi sebuah permainan konsol klasik.

Jumanji

Kisah ini bermula apabila 4 orang pelajar telah dikenakan kelas tahanan dan dikendaki membersihkan sebuah bilik. Mereka telah menjumpai permainan konsol klasik yang sebenarnya adalah Jumanji.

Perasaan ingin tahu mereka sangat mendalam, jadi mereka pun mencubanya. Mereka perlu memilih avatar-avatar untuk permainan tersebut, sebaliknya mereka ditarik masuk ke dalam permainan tersebut dan menjadi avatar-avatar pilihan mereka.

Jumanji

Setiap avatar itu mempunyai kehebatan dan kepakaran yang tersendiri. Syarat untuk kembali ke dunia asal adalah mereka perlu melepasi setiap peringkat permainan dan menyelesaikan misi-misi yang tertera dalam peta untuk menyelamatkan Jumanji.

Filem ini boleh dikatakan sangat menghiburkan apabila mereka mengambil dua pelakon komedi iaitu Jack Black dan Kevin Hart. Sepanjang perjalanan filem, penonton tidak akan kering gusi kerana elemen komedi yang dimasukkan sangat mencuit hati.

Jumanji

Walaupun, menurut pendapat saya filem terbaru ini tidak memaparkan begitu banyak aksi yang menarik, pengembaraan yang ‘adventurous’ dan kurangnya ‘problem solving’ ia tetap dapat menarik minat penonton kerana sangat meghiburkan dan lucu.

Review: 7.5/10

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com


Dipetik dan diolah dari Kakimuvee.net

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here