Anugerah berprestij dunia iaitu Oscars yang bakal berlangsung pada 24 Februari nanti dikatakan bakal mengalami perubahan yang sudah tiga puluh tahun tidak dilakukan oleh anugerah Oscars itu.

Disebabkan masalah yang dialami oleh anugerah Oscars pada tahun ini, anugerah itu difahamkan akan berlangsung tanpa pengacara untuk mengacarkan anugerah itu. Jika anda tidak tahu sebenarnya anugerah Oscars sudah pun ada calon pengacara yang mereka pilih untuk mengacarakan Oscars 2019 kali ini iaitu komedian Kevin Hart.

Tetapi dalam masa 48 jam sahaja di pilih untuk menjadi pengacara, Kevin Hart bagaimana pun telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi pengacara anugerah Oscars itu pada bulan lalu. Penarikan diri Kevin Hart ini dibuat selepas Kevin Hart telah menerima kecaman daripada pengguna media sosial berkenaan beberapa tweet yang pernah dimuat naik olehnya mengenai LGBT sepuluh tahun yang lalu.

BACA JUGA :   Samsung di senarai teratas

Walaupun tweet itu sudah sepuluh tahun di-tweet oleh Kevin Hart tetapi beliau tetap dikecam dengan teruk oleh pengguna media sosial yang langsung tidak menyokong pandangan yang diberikan oleh Kevin Hart tentang LGBT. Ramai yang dikatakan tersinggung dengan tweet-tweet itu.

Selepas aktiviti kecam-mengecam terjadi, Kevin Hart telah mengambil keputusan untuk menarik dirinya daripada menjadi pengacara malam terbesar Hollywood itu dengan memuat naik tweet maaf atas apa yang telah dikatakannya pada sepuluh tahun yang lalu kerana tidak bersikap sensitif kepada golongan LGBT (walaupun apa yang dikatakan Kevin Hart itu ada betulnya).

Selepas kejadian itu ramai yang menyangka bahawa kemungkinan Kevin Hart akan kembali semula ke Oscars untuk menjadi pengacara anugerah itu tetapi beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjadi pengacara malam itu dan anugerah Oscars pun berdepan dengan masalah yang sangat besar iaitu untuk mencari pengacara yang bersesuaian untuk anugerah itu.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult!

The Academy tidak dapat mencari pengacara yang sesuai untuk mengacarakan anugerah Oscars itu sehinggalah sekarang walaupun masa untuk anugerah itu berlangsung hanya kira-kira minggu sahaja daripada sekarang.

Disebabkan berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pengacara yang bersesuaian, The Academy telah mengambil keputusan untuk tidak mempunyai pengacara untuk malam itu. Pelikkan majlis anugerah tak ada pengacara? Tapi itu sajalah pilihan yang ada untuk Oscars kerana sudah kesuntukkan masa dan nama untuk dipilih sebagai pengacara menggantikan Kevin Hart.

The Academy sedang berusaha untuk meminta selebriti-selebriti ‘A-List’ Hollywood untuk membantu menjayakan anugerah berprestij itu terutamanya untuk segmen telecast.

Ini bukanlah pertama kali anugerah besar Hollywood ini tidak mempunyai pengacara untuk mengacarakan anugerah itu tetapi nampaknya selepas tiga puluh tahun, ianya berulang kembali.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here