Rumah Second Hand ?

Isu harga rumah yang melambung tinggi kini merupakan satu isu yang sudah lama membelenggu rakyat di negara ini. Bukan setakat harganya yang tidak mampu milik, rumah di Malaysia juga dijual dengan harga yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan standard antarabangsa. Suka ataupun tidak, golongan muda perlu memikirkan alternatif lain, misalnya mendapatkan rumah second hand.

rumah

Loading...

Menurut data yang dikeluarkan pada 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati median harga rumah di negara ini adalah RM313,000. Paras tersebut dilihat sangat mahal memandangkan median pendapatan isi rumah hanyalah RM5,228. Jika diikutkan, harga maksimum bagi rumah mampu milik sepatutnya dijual pada RM282,000 sahaja, menurut BNM.

Industri hartanah di negara ini juga disarankan supaya mencari ikhtiar bagi mengurangkan kos yang semakin mencanak tinggi ini. Mana tidaknya, median harga rumah adalah 4.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan isi rumah tahunan. Ini menjadi punca mengapa rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah.

BACA JUGA :   Bank Negara Bakal Keluarkan Kerangka Kerja Bagi Tangani Inflasi Insurans Perubatan

Justeru, ramai pakar hartanah dan ekonomi mencadangkan agar golongan muda di negara ini terutamanya yang bekerja di Kuala Lumpur supaya membeli rumah second hand yang rata-ratanya berharga sekitar RM200,000.

second hand

“Buat masa sekarang, sebuah unit kondominium second hand di Bangsar masih dijual dengan harga RM600 hingga RM1,000 untuk setiap kaki persegi (sq ft) jika dibandingkan dengan unit kondominium baru yang dijual antara RM1,500 hingga RM2,200”, ujar penulis pelaburan dan hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad.

“Tambahan pula, rumah second hand ini boleh didiami serta merta dan mempunyai banyak kemudahan seperti jaraknya yang dekat dengan kedai–kedai. Pembeli juga boleh berhubung secara terus dengan pemilik asal jika berlaku kerosakan pada rumah sepanjang proses pembelian berlaku”, katanya lagi.

BACA JUGA :   Ini Cara Bagaimana Untuk Mengesan Duit Palsu Yang Kini Banyak Digunakan Di Pasar Malam

second hand

Bagi penyelaras program Pengurusan Hartanah di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Hairul Nizam Mansor, beliau menegaskan agar polisi yang lebih tegas perlu digunakan untuk mengawal harga rumah.

“Pihak kerajaan perlu mengkaji semula polisi perumahan seperti menetapkan had belian rumah mahal kepada dua, seperti yang diamalkan di luar negara. Selain itu, kerajaan juga harus mengetatkan syarat-syarat pinjaman perumahan”, katanya.

second hand
Sumber foto : Property Guru

Nampaknya, golongan muda perlu membuat pilihan bijak untuk membeli rumah pada masa kini. Fikir dan rancanglah sebaik mungkin.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here