Kadang-kadang penceraian yang berlaku di seluruh dunia adalah tidak masuk akal sama sekali dan sangatlah kebudak-budakan.

Kisah kali ini berlaku di Mesir, selepas 40 hari bergelar isteri, seorang wanita nekad mahu menamatkan perkahwinannya selepas suaminya enggan membelikannya kebab (shawarma). Sangatlah tidak masuk akal sama sekali!

shawarma

Wanita bernama Sameeha yang ingin menuntut penceraian itu berang apabila suaminya enggan membeli kebab berkenaan ketika mereka keluar berdua.

Sebaliknya suami Sameeha cuma membelikan minuman jus.

Dikatakan bahawa perkahwinan mereka memang tradisional. Dia cuma mengenalinya suaminya selama dua bulan dan mengatakan bahawa dia tidak mengetahui bahawa suaminya sangat kedekut.

shawarma

Tambahnya lagi “ketika minggu pertama perkahwinan kami, dia mengaku tidak suka keluar ke mana-mana kerana dianggap membazir”.

BACA JUGA :   EKSKLUSIF : Misteri Pembinaan Piramid Besar Giza Kini Sudahpun Terjawab

Menurutnya, suaminya itu menuduhnya ‘mengeksploitasi kekayaannya’ apabila mendesak mahukan kebab selepas dibelikan jus.

Kes itu baru difailkan di mahkamah Mesir dan belum diputuskan. Apa-apa pun fikirkanlah secara rasional, takkanlah kerana suami tidak membelikan kebab anda mahu menuntut cerai.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here