Secara Keseluruhan, Tahap penguasaan Bahasa Melayu di Malaysia berada dalam keadaan memuaskan. Terdapat segelintir sahaja yang masih lemah dalam menguasai Bahasa Melayu. Kelemahan dapat dilihat kepada murid sekolah vernakular khususnya di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dalam menguasai bahasa Melayu. Hal ini boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat bersatu padu dan beridentiti nasional.

Bahasa MelayuMenurut Felo Utama, Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, jelas dilihat ketika ini, bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular hanya diajar dan dipelajari untuk satu mata pelajaran sahaja dan tidak lebih daripada itu sedangkan bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai pengantar utama sistem pendidikan Negara.

Loading...

Bahasa Melayu

Keadaan ini jelasnya, telah melahirkan lepasan murid di SJKC yang hanya fasih dalam satu bahasa sahaja iaitu bahasa Mandarin. Lebih memburukkan ke­adaan, pelajar-pelajar ini ha­nya bergaul sesama mereka dan kurang atau tidak langsung bercampur dengan kaum lain.

“Apabila hanya bahasa Mandarin sahaja dikuasai, kelompok pelajar ini hanya akan membaca akhbar berbahasa Cina serta menonton rancangan berbahasa Cina yang diimport dari luar negara seperti China, Hong Kong dan Taiwan. Hal ini diakui sendiri oleh banyak pemimpin masyarakat dan ahli politik Cina di negara ini.

“Sudah tentu sifat begini tidak membantu aspirasi nasional khususnya dalam usaha kita untuk membentuk negara bangsa melalui teras pendidikan. Dalam keadaan ini, tentulah sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dilihat perlu dijadikan satu-satunya medan untuk memupuk rakyat menjadi sebuah komuniti yang bukan sahaja bersatu padu tetapi mendukung serta mempamerkan identiti nasional yang serupa,” katanya.

BACA JUGA :   Selepas 'Dobi Muslim', Kali Ini Kedai Kesihatan 'Melayu Sahaja' Pula Dibuka Di Johor

Menurut laporan Utusan Online, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, berkata demikian semasa menjadi ahli panel dalam Siri Wacana Cendekiawan Institut Alam Tamadun Melayu (ATMA) bertajuk Konflik Antara Keperluan dan Kemahuan: Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Vernakular Dalam Pemba­ngunan Negara Bangsa Di Alam Me­layu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Turut menjadi ahli panel dalam wacana tersebut ialah Pe­nyandang Kursi Pengajian Melayu, Kementerian Pendidikan Tinggi di Beijing Foreign Studies University, Prof. Datuk. Dr. Awang Sariyan dan tokoh pendidikan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron.

Sehubungan itu juga, tambah Kok Seong, pembentukan sekolah satu aliran dilihat sebagai satu idea dan cara terbaik bagi membentuk identiti nasional kerana di situ semangat kebangsaan dan perkongsian budaya yang sama dapat dipupuk dengan sempurna.

“Kita perlu mempunyai model baharu persekolahan, tiga jenis sekolah sekarang iaitu, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama perlu digabung dan distruktur semula untuk dijadikan satu jenis persekolahan sahaja iaitu dalam bentuk sekolah satu aliran.

“Sekolah ini akan mempu­nyai tiga komponen utama iaitu akademik, etnik dan bahasa-bahasa ibunda ma­sing-masing serta keagamaan. Ini gagasan besar yang boleh kita teliti dan bahas, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju oleh itu perbincangan sela­njutnya mengenai idea ini perlu sentiasa dilakukan,” katanya.

BACA JUGA :   Selepas 'Dobi Muslim', Kali Ini Kedai Kesihatan 'Melayu Sahaja' Pula Dibuka Di Johor

Katanya lagi, sudah kerap kali perbincangan mengenai idea pembentukan sekolah satu aliran diadakan sebelum ini namun ba­nyak tumpuan diberikan bagi cadangan untuk menutup sekolah-sekolah vernakular sedia ada.

“Kita tidak mahu perbinca­ngan selepas ini memberi fokus untuk menutup sekolah-sekolah vernakular kerana hal itu tidak mungkin akan terjadi dan ba­nyak pihak pasti akan membantah malah lebih buruk boleh menimbulkan situasi konflik dalam negara,” katanya.

Bahasa MelayuSementara itu, menurut Awang, bahasa Melayu adalah milik setiap rakyat dalam negara ini bukan sahaja kepada orang Melayu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk memperkasakannya terutama da­lam bidang pendidikan.

“Menutup semua sekolah vernakular yang ada dalam situa­si semasa mustahil untuk dilaksanakan, oleh itu satu ikhtiar perlu dilakukan oleh kerajaan sekurang-kurangnya dengan memastikan peratus penggunaan bahasa Melayu dalam sesi pengajaran di sekolah vernakular dapat ditingkatkan.

Bahasa Melayu“Sekiranya sekolah jenis kebangsaan berterusan menggunakan bahasa ibunda masing-ma­sing, isu ini akan terus menjadi duri dalam daging ke arah pembentukan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 Sumber: Utusan Online

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here