Sebut sahaja nama Elon Musk, pasti satu dunia kenal dengan lelaki jutawan ini. Beliau adalah CEO bagi Tesla, sebuah syarikat pengeluar kereta elektrik berteknologi tinggi yang kini sedang mencuri tumpuan dunia. Selain itu, beliau juga memliki syarikat SpaceX, syarikat yang membolehkan manusia untuk meneroka dan melancong ke angkasa lepas dengan harga yang murah.

Boleh disimpulkan, Elon Musk ini adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan sudah menubuhkan banyak syarikat bagi merealisasikan idea-idea bernasnya itu. Misalnya, servis pembayaran atas talian iaitu PayPal juga diasaskan oleh beliau. Baru-baru ini, Elon Musk tampil dengan menubuhkan satu lagi syarikat yang diberi nama Neuralink.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Elon Musk dilaporkan telah melaburkan sebanyak $72 juta untuk Neuralink dan akan mengadakan sidang media pada akhir tahun ini. Mari kita rungkai serba sedikit mengenai syarikat terbaru beliau ini.

BACA JUGA :   Amazon & Tesla Disenarai Sebagai Tempat Kerja Paling Berbahaya Di US

Apa itu Neuralink ?

​Neuralink adalah satu syarikat neuroteknologi Amerika yang diasaskan oleh Elon Musk bersama tujuh orang lagi ahli pemegang saham yang lain. Syarikat ini mula ditubuhkan pada 2016 namun mula beroperasi secara rasmi pada 2017. Ibu pejabat syarikat ini terletak di San Francisco, Amerika Syarikat.

Tujuan sebenar projek Neuralink ?

Sumber foto : Baotintuc.vn

Neuralink mempunyai visi untuk menghasilkan implan di dalam otak manusia yang dapat membenarkan komunikasi secara langsung di antara manusia dengan peranti elektronik. Sebagai contoh, manusia tidak perlu menekan papan kekunci untuk menaip mesej sebaliknya otak akan mengesan perkataan yang ingin dikeluarkan dan terus menaipkannya di skrin peranti anda.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!

BACA JUGA :   Teknologi Pengesan Muka Terbaru Ini Mampu Kenalpasti Identiti Penjenayah Yang Sedang Menyamar

​Selain daripada memudahkan kehidupan yang berunsur digital, implan ini juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit otak yang kronik. Implan ini menggunakan teknologi neural lace.

Teknologi Neural Lace

​Neural lace adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan penyambungan pengkomputeran dengan otak manusia menggunakan elektrod-elektrod yang telah dihubungkan. Implan kecil yang ditanam di dalam otak akan dapat membaca aktiviti saraf, menterjemahkannya dan menyampaikannya kepada mesin.

Sumber foto : Facebook

Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Menurut Musk lagi, impian untuk berhubung dengan orang sekeliling menggunakan peranti canggih tanpa perlu menaip mesej akan menjadi kenyataan dalam tempoh empat tahun.

Untuk maklumat lanjut, boleh layar di laman Facebook Neuralink.

 


Sumber :

BellaCameron.Online

PCAuthority.com 

Facebook Comments