Sumber foto : Guns and Ammo

Ucapkan selamat tinggal kepada topi, cermin mata dan topeng muka sekiranya anda berhasrat untuk menyamar kerana itu semua tidak akan dapat membantu anda lagi.

Pakar-pakar daripada Universiti Cambridge telah mencipta sebuah sistem canggih yang mampu mengesan muka penjenayah yang menyamar. Sistem ini diberi nama The Disguised Face Identification (DFI).

Sumber foto : International Business Times

Bagaimana sistem ini berfungsi ?

Loading...

The Disguised Face Identification (DFI) menggunakan hubungan sistem saraf AI (Artificial Intelligence) atau lebih dikenali sebagai kecerdikan buatan untuk mengenal pasti beribu teknik penyamaran muka yang digunakan oleh penjenayah.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Terendah Di Malaysia!


Sistem saraf AI ini mengukur jarak dan sudut di antara 14 titik muka ; 10 untuk mata, 3 untuk mulut dan 1 untuk hidung. Berpandukan bacaan titik-titik ini, sistem DFI akan menganggarkan berapakah titik muka yang tersembunyi dan seterusnya membandingkan dengan imej di dalam sistem untuk mendedahkan identiti sebenar penyamar tersebut.

BACA JUGA :   Elon Musk Labur $72 Juta Untuk Bangunkan Teknologi Neuron Tercanggih Di Dunia
Sumber foto : Daily Mail

Pada awal eksperimen, sistem ini mampu mengesan identiti orang yang menyamar diri dengan topi atau pelindung muka dengan ketepatan sebanyak 69 %. Ketepatan sistem ini menjadi 55 % apabila penyamar memakai cermin mata dan pelindung muka.

Sumber foto : Daily Mail

Proses pengesanan akan menjadi sedikit terganggu sekiranya suasana di sekeliling menjadi sibuk. Ini terbukti apabila ketepatan menurun kepada 43 % apabila individu memakai topi, cermin mata serta pelindung muka dan berdiri di hadapan suasana yang padat dan sibuk.

Walaubagaimanapun, sistem ini masih di peringkat awal dan masih perlu mengumpul lebih banyak data sebelum boleh digunakan secara meluas.

Kumpulan DFI akan membentangkan kajian mereka tentang sistem ini lebih mendalam di persidangan antarabangsa Computer Vision Workshop di Venice, Italy pada bulan hadapan.

BACA JUGA :   3 Cara 'Artificial Intelligence' Mengubah Dunia Sekeliling Kita

Penciptaan DFI ini akan dapat membantu pihak berkuasa dalam membanteras penjenayah yang menyamar terutamanya kes-kes yang melibatkan rompakan serta samun-menyamun. Selain itu, identiti aktivis-aktivis yang terlibat dalam protes juga akan dapat dikenal pasti

Sumber foto : Getty Images

Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Terendah Di Malaysia!


Sumber :

Daily Mail
New Scientist

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here