Siapa yang tidak mengenali Elon Musk, seorang ahli perniagaan yang sangat mempunyai pengaruh pada masa kini. Merupakan pengasas bersama di samping mengetuai Tesla dan SpaceX. Kedudukan beliau dalam industri perniagaan tidak lagi perlu diperkenalkan.

Pada masa kini, sedang hangat berkenaan pelaburan mata wang kripto di seluruh dunia. Elon Musk adalah di antara mereka yang tidak terkecuali melakukan pelaburan tersebut. Sehingga kini, perbicaraan mata wang kripto oleh Elon Musk sentiasa menjadi titik pengukur.

BITCOIN VS DOGECOIN

Pada minggu yang lalu, laman media sosial Twitter Elon Musk hangat berkenaan mata wang kripto, Bitcoin. Hal ini kerana Elon Musk memutuskan untuk tidak lagi menerima mata wang kripto tersebut untuk membeli produk Tesla. Perkara ini agak mengejutkan kerana pembelian melalui mata wang kripto itu baharu sahaja dimulakan pada penghujung bulan tiga tahun ini.

BACA JUGA :   Ketahui Kelebihan Robot Trading Yang Digunakan Oleh Binance Capital Team (BCT)

Oleh disebabkan ciapan beliau di Twitter, nilai Bitcoin sedikit sebanyak merundum. Beliau memutuskan untuk menghentikan penggunaan Bitcoin sebagai medium pembayaran adalah kerana perlombongan coin tersebut menjejaskan alam sekitar.

Bukan sekadar Bitcoin, malahan beberapa jenis mata wang kripto turut berada dalam keadaan yang kritikal. Namun begitu, menurut ciapan terkini daripada beliau, kelihatan minat terhadap mata wang kripto jenis Dogecoin menjadi perhatian.

Ini tidak memungkinkan mata wang ini akan digunakan oleh Elon sebagai ganti kepada Bitcoin. Adapun begitu, terdapat mereka yang menyatakan bahawa Elon mahu menjual Bitcoinnya, akan tetapi, beliau menafikan. Ini mungkin salah satu strategi perniagaan yang mungkin mahu digunakan atau mungkin sebaliknya.

Sehingga kini, Elon tidak menunjukkan beliau akan menjual mana-mana mata wang kripto termasuk Dogecoin. Melihatkan terdapatnya nama besar yang menyokong coin ini, tidak mustahil pasaran Dogecoin akan menunjukkan peningkatan.

BACA JUGA :   Google Bakal Sekat Segala Iklan Berkaitan Cryptocurrency Bermula Jun 2018

Dogecoin merupakan mata wang kripto yang berasaskan meme. Ia bermula dengan gurauan daripada dua orang jurutera yang berjenaka mengenai Bitcoin. Mereka berdua dilihatnya tidak menyangka ia akan menjadi salah satu daripada mata wang kripto antara yang terkenal.

Anda berminat untuk mula melabur atau mendalami ilmu berkenaan mata wang kripto atau cryptocurrency? Ayuh sertai Binance Capital Team! BCT sedia untuk membantu anda lebih memahami pelaburan ini. Tidak hanya itu, BCT sedia berkongsi rahsia berkenaan robot yang dapat membantu dalam pelaburan cryptocurrency. Hubungi BCT melaui platform berikut.

Facebook: https://www.facebook.com/binancecapitalteam
Telegram: https://t.me/joinchat/txWoWBI4emJkNzVl

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here