Salah satu syarikat cryptocurrency emas (mata wang digital) yang berpusat di Malaysia, HelloGold kini sudahpun menerima sijil patuh syariah untuk produk mereka. Dan kini, syarikat tersebut sedang merancang untuk melancarkan platform emas atas talian di Thailand pada hujung tahun ini.

cryptocurrency
Syarikat HelloGold yang berpusat di Malaysia

Produk cryptocurrency keluaran syarikat HelloGold yang diberi nama GOLDX dilancarkan pada akhir tahun lepas dan menerima sijil patuh syariah daripada Amanie Advisors, sebuah badan perundingan kewangan Islam tempatan.

Tidak seperti produk-produk cyrptocurrency yang lain, GOLDX melibatkan pengeluaran token berdasarkan emas fizikal (nyata) yang disimpan dalam peti besi di Singapura dan urus niaga mesti diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

cryptocurrency
Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Amanie Advisors

Ini bermakna proses pengeluaran dan aset yang telah diaudit dapat diperiksa secara telus , jelas dan segera – yang merupakan prinsip penting dalam kontrak kewangan Islam.

BACA JUGA :   Facebook Kini Haramkan Segala Iklan Yang Mempromosikan Cryptocurrency Dan Bitcoin

Buat masa sekarang, kita dapat saksikan dengan jelas syarikat-syarikat berpaksikan teknologi kewangan terbaru, mencetuskan revolusi dalam perkhidmatan perbankan dan kini semakin memperluaskan pengaruh mereka ke pasaran kewangan Islam yang merangkumi Timur Tengah serta Asia Tenggara.

Sepanjang tahun lepas, syarikat itu telah melancarkan aplikasi telefon bimbit berasaskan blokchain di Malaysia, sistem yang mula-mula digunakan untuk memudahkan proses mata wang digital seperti bitcoin.

cryptocurrency
Aplikasi mudah alih HelloGold turut disediakan untuk telefon bimbit

Aplikasi telefon bimbit HelloGold, yang membolehkan pengguna untuk membeli dan menjual pelaburan gred emas nyata, turut diklasifikasikan sebagai patuh syariah oleh Amanie Advisors.

Dilaporkan, HelloGold kini merancang untuk mengembangkan platform emas mereka ke negara Thailand dalam masa terdekat, di samping menambah satu lagi pasaran ketiga selambat-lambatnya hujung tahun ini.

BACA JUGA :   Google Bakal Sekat Segala Iklan Berkaitan Cryptocurrency Bermula Jun 2018

Syarikat itu juga sedang meneroka aset-aset lain yang tidak dinyatakan secara jelas dalam teknologi blockchain, melibatkan perkongsian lejar elektronik yang membolehkan pengguna untuk mengesan maklumat transaksi melalui rangkaian yang selamat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here