Putus cinta akibat ditinggalkan atau dicurangi kekasih hati sudah pasti memeritkan dan pasti ramai yang mengambil masa yang lama untuk melupakan bekas pasangan masing-masing.

kasut lupakan bekas kekasih

Loading...

Oleh itu, sebuah studio di sini memberi peluang kepada mana-mana individu untuk melupakan kisah duka berkenaan dan pada masa yang sama membalas dendam kepada bekas kekasih.

Bompas & Parr mencipta pengalas kasut yang digelar ‘Anti Hari Kekasih’ di mana pelanggan boleh menempah untuk mencetak gambar bekas kekasih mereka di atas pengalas kasut itu.

Syarikat itu berkata, pengalas kasut itu memberi peluang kepada orang ramai untuk membalas dendam selepas ditinggalkan secara simbolik memijak bekas kekasih mereka.

Mereka yang berminat boleh menghantar gambar bekas kekasih kepada studio itu yang mencetaknya di atas pengalas sebelum dihantar semula kepada pelanggan untuk digunting mengikut saiz kasut.

BACA JUGA :   Hilman Authentic Menjadikan Rekaan Kasutnya Sebagai Ejen Perpaduan

kasut lupakan bekas kekasih

Bompas & Parr memberitahu, studio itu hanya membuka 25 tempahan pengalas kasut itu sempena Hari Kekasih lalu tetapi sambutan yang diterima sangat luar biasa sehingga mereka terpaksa membuka lebih banyak tempahan.

“Dengan berjalan sambil memijak wajah seseorang yang membuat anda sedih atau marah, tapak kasut ini memberi kesan psikologi kepada pemakainya.

“Ia satu peluang untuk mengembalikan jiwa daripada seksaan akibat putus cinta, memberikan satu lonjakan psikologi dan mempersiapkan diri anda untuk hubungan yang seterusnya,” kata pengarah Bompass & Parr, Harry Parr.

Jadi bagaimana ? Ada yang berminat nak beli ke ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Anda Boleh Tampil Bergaya Walaupun Melakukan Aktiviti Beriadah

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here