aktiviti

Rakyat Malaysia gemar melakukan aktiviti riadah seiring dengan peredaran semasa, fesyen beriadah dan barangan kelengkapan lain adalah keperluan penting bagi menyempurnakan penampilan ketika melakukan pelbagai aktiviti, gaya hidup sihat.

aktiviti

Namun, pelbagai aspek perlu diberi tumpuan khususnya jenis fabrik yang sesuai, termasuk spandex yang boleh diregang, ringan dan mudah kering ketika berpeluh. Berikutan antara barangan perlu untuk beriadah,

aktiviti

#1. Kasut

Pemilihan kasut bersesuaian amat penting. Selain mengurangkan regangan kepada kaki anda. Kasut yang selesa penting untuk menstabilkan struktur badan bagi mengelakkan daripada terjatuh hingga boleh mencederakan. Pilih kasut bersesuaian, setiap koleksi dan jenama mempunyai fungsi berbeza menerusi rekaan material, tapak serta pelapik kasut.

#2. Topi

Bosan dengan gaya sama, apa kata pakai aksesori untuk mewujudkan sensasi berbeza menerusi pemakaian topi sukan. Pemilihan topi selari dengan fungsinya praktikal dapat memberikan impak besar seperti mengelak risiko kecederaan ketika menjalankan aktiviti seperti jelajah hutan atau bermain sukan di padang.

#3. Seluar

Pilihan seluar bersesuaian penting bagi keselesaan anda terutamanya untuk senaman kerana pemakaian ketat boleh menyukarkan pergerakan dan membuatkan hilang fokus. Setiap koleksi seluar direka mengikut fungsi tersendiri. Rekaan seluar material berat menyebabkan pergerakan terbatas.

#4. Beg

Penggunaan beg sukan perlu ketika menjalani aktiviti luar untuk menyimpan kunci, dompet, telefon bimbit dan minuman. Pilih beg kecil, ringan dan fungsi rekaannya mudah digunakan.

aktiviti

#5. Pakaian renang

Elak mengenakan kemeja-T dan seluar yang tidak sesuai kerana ia boleh menyukarkan pergerakan dalam air, sekali gus menambahkan tekanan pada aktiviti itu. Bagi Muslimah pula, kini banyak pilihan pakaian sukan menutup aurat yang disediakan dengan tudung dengan material bersesuaian.

#6. Pakaian dalam

Elakkan memakai pakaian dalam terlalu longgar atau terlalu ketat bagi membolehkan kulit selesa bernafas memandangkan peluh mudah keluar. Dapatkan rekaan fabrik khusus untuk menjalankan aktiviti seperti di gimnasium, taman rekreasi, hutan dan gunung. Penggunaan pakaian dalam yang tepat boleh membantu menjaga bentuk badan dan melancarkan perjalanan darah.

#7. Krim pelindung matahari

Panahan sinaran ultra violet (UV) boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jeragat, kusam dan penuaan sebelum usia. Pilih losyen pelindung matahari mengandungi SPF 30 untuk aktiviti luar dan sekiranya anda melakukan sukan air, krim perlindungan dengan kandungan SPF lebih tinggi diperlukan.

#8. Aksesori sukan

Penggunaan alat sukan yang betul boleh membantu menjalani aktiviti lebih selesa dan fokus. Untuk kegiatan lebih menyeronokkan dan santai boleh mendengar muzik. Justeru, fon telinga tidak bertali memudahkan pergerakan dan tampak lebih bergaya ketika beriadah.

#9. Baju lengan panjang

Baju lengan panjang membantu melindungi kulit daripada pancaran matahari mengelak kecederaan ketika beriadah.Pilih baju daripada material selesa seperti kain kapas atau spandex kerana lebih ringan dan serap peluh.

#10. Jam

Terdapat pelbagai koleksi jam nadi mula diketengahkan bagi memenuhi keperluan individu aktif. Jam nadi antara pilihan wajib ketika bersukan kerana ia mempunyai aplikasi jejak dan peranti mengesan nadi, kiraan kalori dan aktiviti harian.

Anda juga disarankan untuk memastikan badan anda cukup kandungan air semasa melakukan riadah. Anda dinasihatkan membawa bekalan air bersama semasa beriadah untuk melancarkan proses system badan anda berfungsi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here