heli-taxi
gambar hiasan

Bergerak naik, menuju ke depan dan turun ke bawah, itu ada gerakan yang bakal anda rasai apabila menggunakan perkhidmatan Heli-taxi. Pasti menyeronokkan para pengguna apabila dapat merasai pengalaman menaiki perkhidmatan baharu.

 

Loading...

Sebuah syarikat Heli Outpost Sdn Bhd yang dikelolah oleh seorang usahawan muda, Faiz Fahmi Sazali, berusia 29 tahun, bakal menyediakan perkhidmatan Heli-taxi tersebut.

Jika sekarang ini beliau sedang giat aktif beroperasi dengan penyediaan perkhidmatan helicopter pelancongan dan komersial. Syarikat tersebut memang memberikan kepuasan kepada mereka yang suka melihat pemandangan di sekitar langkawi, Terengganu, Kuala Lumpur dan Port Dickson.

Perkhidmatan ini juga sedang dibangunkan dan dijangka akan siap dalam tempoh tiga bulan, sekaligus memudahkan mereka yang menjadi pelanggan kepada syarikat perkhidmatan Heli Outpost Sdn. Bhd.

“Aplikasi ini menawarkan dua perkhidmatan iaitu ’Helikopter Tour’ iaitu satu tempahan yang disediakan untuk mengelilingi sekitar Pulau Langkawi dan ‘Helicopter Texi’ yang mana pelanggan akan dibawa terus menuju ke destinasi dikehendaki seperti Alor Setar ke Ipoh,” berkata Faiz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Usahawan muda yang ditemui selepas majlis pelancaran aplikasi tersebut oleh Perdanan Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersempena Karnival “I Am Usahawan GO 4.0’ anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Menurut usahawan muda itu, kini syarikatnya memiliki 11 buah helicopter dengan dua model berbeza, iaitu enam buah adalah jenis model Robinson 44 berkapasiti empat penumpang termasuk juruterbang, manakala lima lagi jenis mdodel Robinson 66 dengan kapasiti lima orang penumpang termsuk juruterbang. Tiga daripada itu berada di Langkawi dan selebihnya ditempatkan di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Port Dickson.

Syarikat Heli Outpost Sdn. Bhd mula beroperasi sejak tahun 2009 dan menunjukkan statistik menggalakkan yang mana dalam tempoh setahun 5,000 penumpang direkodkan sepanjang tiga tahun mereka beroperasi.

Peningkatan dapat dilihat dari tahun ke tahun, dan setakat ini jumlah penumpang tertinggi adalah 18,000 orang, melibatkan purata 20 penerbangan dalam sehari. Majoritinya mereka yang menggunakan perkhidamatan ini adalah pelancong dari Timur Tengah, kata usahawan muda itu.

Sehubungan itu, Presiden DPMM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kadeer juga mengatakan penyediaan e-hailing ‘Heli Taxi’ itu adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk menggalakkan ekonomi digital.

“Dilihat ekonomi digital ini terus berkembang, jika kita lambat bertindak maka kita akan ketinggalan dan di Langkawi ini Faiz adalah usahawan ekonomi digital menerusi pembangunan aplikasi ‘Heli-Taxi’ yang merupakan satu pembaharuan dalam bidang perkhidmatan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, usahawan di luar sana perlu memanfaatkan peluang yang ada kerana ia dilihat terus berkembang, semakin matang dan mula kukuh di pasaran China, Eropah dan India.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here