amazon warehouse

Dua syarikat yang cukup besar dan terkenal di US, Amazon dan Tesla kini disenaraikan sebagai syarikat yang mempunyai tempat kerja paling berbahaya di negara itu. Senarai itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Pekerja di US berdasarkan keadaan di kilang dan juga di gudang mereka.

 

Kedua-dua syarikat itu dilaporkan mempunyai kadar kemalangan lebih tinggi dari kadar purata. Selain itu, tempat kerja mereka juga terdedah kepada risiko kemalangan yang besar tanpa mengambil peduli keselamatan para pekerja.

Menurut Majlis itu, seramai 7 pekerja di gudang Amazon telahpun maut sejak 2013. Bukan itu sahaja, para pekerja turut dituntut untuk bekerja di dalam keadaan yang sangat teruk. Perkara ini dilihat sangat membimbangkan, walaupun syarikat itu diterajui oleh lelaki terkaya di dunia iaitu Jeff Bezos.

Amazon
Pemilik Amazon, Jeff Bezos.

Bagi Tesla pula, laporan mendapati jumlah kecederaan serius yang dialami oleh pekerja di syarikat itu adalah 83% lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat automotif yang lain. Keadaan persekitaran di kilang Tesla juga dilihat boleh mendatangkan bahaya yang cukup besar kepada pekerja.

Walaubagaimanapun, Amazon dan Tesla masing-masing menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bawa mereka sudah melakukan penambahbaikan yang sewajarnya untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat.

amazon tesla
Keadaan di kilang automotif Tesla.

Diharapkan kedua-dua syarikat gergasi ini akan memandang serius isu keselamatan pekerja mereka agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Janganlah terleka mengejar keuntungan hingga mengabaikan isu keselamatan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here