Menjadi satu sejarah apabila seekor beruang kutub ini dilahirkan di kawasan tropika dan merupakan satu-satunya yang hidup sehingga 27 tahun. Walaupun hidup dalam tempoh yang lama, beruang ini sebenarnya menghidapi penyakit dan menyebabkan ia terpaksa menanggung kesakitan itu.

 

Loading...

Beruang kutub tropika itu dilaporkan menghidap penyakit arthritis, masalah pergigian dan jangkitan telinga. Keadaannya dilihat semakin membimbangkan kerana penyakit yang dialaminya tidak dapat dipulihkan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

beruang kutub
sumber : Trubus Life

Haiwan spesisi tertua di sunia itu diberi nama sebagai Inuka. Kelemahan anggota menyebabkan ia sukar menggerakkan tubuhnya dan ini adalah penghalang haiwan itu hidup seperti sediakala.

Menurut Zoo Singapura, satu keputusan amat sukar akhirnya mendapat sebulat suara. Inuka terpaksa disuntik mati atas dasar kemanusiaan. Hal ini kerana, keadaan kesiahatannya semakin terjejas dan sukar untuk dipulihkan.

beruang kutub
sumber foto : Media Permata Online

Keberadaan beruang kutub tropika di Singapura itu sebenarnya membawa kepada gelombang kontroversi dalam kalangan ahli aktivis haiwan pemuliharaan. Kerana suhu yang berbeza dipersoalkan oleh golongan aktivis ini.

Singapura berada di kawasan khatulistiwa dan suhunya sudah pasti jarang sekali berada di bawah 25 darjah celsius.

Bagaimanapun, beruang kutub ini berada di zoo Singapura dalam suatu tempoh yang agak lama. Dilahirkan pada 26 Disember 1990, dan merupakan beruang kutub yang ke-4 di zoo berkenaan. Walaupun suhu tidak sesuai, pihak zoo telah menyediakan kandang khas yang dikawal iklim sejuk.

beruang kutub
sumber foto : Business Lounge Journal

Kehadiran Inuka mendapat sambutan sangat baik dan sangat popular. Sebagai satu kenangan bersama beruang itu, ulang tahunnya yang ke-27 pada 26 Dicember lalu telah disambut dengan kek hari jadi yang diperbuat daripada agar-agar dan dihiasi dengan kepala ikan salmon.

Walaupun cuaca dianggap sebagi penghalang Inuka hidup di kawasan khatulistiwa, tetapi Inuka mampu hidup dalam jangka hayat yang panjang. tahniah diucapkan kepada pihak zoo Singapura atas penjagaan bertarat tinggi.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here