OnePlus 6 avengers

Beberapa minggu sebelum ini, desas-desus tentang pelancaran telefon pintar OnePlus 6 menjadi topik perbualan yang hangat dibincangkan. Belum lagi reda topik itu, syarikat pengeluar model smartphone itu kini mengeluarkan sebuah video teaser bagi edisi khas OnePlus 6 versi Avengers, berserta tarikh pelancarannya.

 

Syarikat OnePlus sememangnya sudah lama bekerjasama dengan Marvel untuk menghasilkan model khas sempena Avengers:Infinity War yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Walaubagaimanapun, video berdurasi 15 saat itu tidak banyak mendedahkan tentang ciri-ciri OnePlus 6. Yang dipaparkan hanyalah bentuk muka depan model itu yang menyerupai iPhone X.

OnePlus 6

Seperti yang dimaklumkan oleh syarikat pengeluarnya, model itu adalah diperbuat daripada kaca. Namun, video ini jelas menunjukkan ianya diperbuat daripada tekstur carbon fiber.

BACA JUGA :   Avengers : Infinity War Bakal Jadi Filem Berdurasi Paling Lama Dalam Sejarah Marvel

Apa-apapun persoalan yang timbul, yang paling penting adalah tarikh pelancarannya dimaklumkan di dalam video itu – 16 Mei 2018. Sehari selepas dilancarkan, model edisi khas Avengers untuk telefon pintar itu turut dikeluarkan, tetapi hanya di India.

OnePlus 6
Ciri-ciri model ini yang ditunjukkan di dalam video.

Pada hari pelancarannya, OnePlus akan memberikan 6,000 tiket wayang Avengers:Infinity War secara percuma kepada para pembeli di India.

Jadi bagaimana, ada yang sudah tak sabar nak beli ke ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here