Pastinya ramai di antara kita pernah memasang impian untuk menjadi billionaire, walaupun majoritinya hanya tinggal angan-angan sahaja.  Tidak dinafikan, menjadi orang kaya memang best. Boleh melabur sesuka hati, boleh melancong sana-sini, boleh buat sumbangan untuk bantu orang-orang susah dan macam-macam lagi.

billionaire
Dari kiri : Jeff Bezos, Bill Gates, Warren Buffett

Lihat sahajalah para jutawan terkenal di luar sana,  Bill Gates, Warren Buffett dan Jeff Bezos antaranya. Mereka ini cukup dikagumi dan setiap kata-kata mereka sering dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Namun, tidak ramai yang tahu tentang realiti sebenar hidup sebagai jutawan.

Tanpa bicara panjang, di sini kami senaraikan 8 fakta yang perlu anda tahu tentang billionaire-billionaire terkaya di dunia :

#1. Pada tahun 2017, seorang billionaire baru terhasil setiap 2 hari.

billionaire

 

#2. Jeff Bezos, Bill Gates dan Warren Buffett, tiga manusia terkaya di Amerika ini memiliki jumlah kekayaan sama seperti yang dimiliki oleh 50% populasi di negara tersebut, iaitu kira-kira 160 juta orang.

billionaire

 

#3. Daripada semua 2,043 billionaire di seluruh dunia, 90% daripadanya adalah lelaki.

billionaire

 

#4. 500 orang terkaya di dunia dijangka dapat mewariskan kekayaan berjumlah $2.4 trilion kepada pewaris-pewaris mereka untuk jangka masa 20 tahun.

 

#5. Pendapatan seorang CEO di US untuk sehari adalah sama dengan jumlah pendapatan seorang pekerja biasa untuk tempoh setahun.

billionaire

 

#6. Jumlah kekayaan billionaire-billionaire di seluruh dunia meningkat sebanyak $762 bilion pada tahun lepas.

billionaire

 

#7. Golongan-golongan kaya ini dilaporkan menyorok wang sebanyak $7.6 trilion di dalam bank-bank luar negara bagi mengelak cukai. Secara puratanya, seorang billionaire menyorokkan sebanyak $3.8 bilion di dalam akaun mereka.

 

#8. Kekayaan billionaire meningkat sebanyak 13% setiap tahun dari 2006 hingga 2015, manakala kadar gaji hanya naik purata 2% setahun.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here