Pengasas dan CEO kepada Facebook, Mark Zuckerberg merupakan salah seorang daripada individu yang paling terkenal di dunia. Di usia 32 tahun, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan hebat yang begitu membanggakan.

 

Meskipun begitu, beliau juga ada kisah hidup pahit dan manis yang tidak diceritakan kepada orang ramai. Justeru, mari kira rungkai 10 fakta tentang individu hebat yang dibesarkan oleh keluarga Yahudi bernama Mark Zuckerberg ini :

Mark Zuckerberg
Sumber foto : The Verge

#1. Mark Zuckerberg Hampir Bekerja Untuk Microsoft

Semasa di sekolah tinggi, Mark mencipta satu aplikasi bernama Synapse Media Player, sebuah pemain MP3 yang menyimpan lagu-lagu kegemaran pengguna di dalam playlist. Boleh disifatkan Synapse pada waktu itu adalah lebih kurang seperti Spotify ataupun Pandora.

Microsoft kemudiannya membeli syarikat tersebut. Namun setelah mendapat paten untuk aplikasi itu, Mark menolak untuk bekerja di Microsoft dan membuat keputusan untuk memasuki kolej.

#2. Facebook Berwarna Biru Kerana Mata Mark

Warna biru dipilih sebagai warna rasmi logo Facebook kerana beliau adalah buta warna merah-hijau.

#3. Mark Bukanlah Seorang Yang Pandai Bermain Dengan Coding Komputer

Seperti kebanyakan orang, Mark mula mempelajari sistem coding menerusi buku C++ for Dummies.

Mark Zuckerberg book

#4. Mula Mencipta Sejak Kecil

Sejak berumur 12 tahun lagi, Mark sudah pandai membangunkan program pesanan ringkas yang dipanggil ZuckNet supaya ayahnya dapat mengetahui bilakah pelanggan akan datang.

#5. Mengetepikan Banyak Tawaran Untuk Menjual Facebook

Banyak syarikat besar membuat pelawaan untuk membeli Facebook, antaranya termasuklah Yahoo, Google, Microsoft, NewsCorp, MySpace, Viacom, NBC dan banyak lagi. Namun, Mark Zuckerberg tetap bertegas untuk tidak menjualnya.

#6. Mark Menganggap Steve Jobs Sebagai Idola

Mark Zuckerberg banyak mengambil inspirasi daripada sifat dan gaya kepemimpinan yang ditunjukkan oleh Steve Jobs ketika menerajui Apple.

Mark Zuckerberg
Pengasas Apple, Steve Jobs

#7. Boleh Bertutur Dalam Banyak Bahasa

Selain bahasa Inggeris, beliau juga mahir berbahasa Latin dan Mandarin.

#8. Beliau Turut Mempunyai Akaun Twitter

Walaubagaimanapun, Mark tidak begitu aktif di laman itu. Beliau hanya mengeluarkan tweet sebanyak 19 kali sejak 2009.

#9. Seramai 12 Orang Kakitangan Menguruskan Facebook Page Beliau

Ada sebuah pasukan yang terdiri daripada 12 orang menjaga page Facebook beliau yang bertanggungjawab membalas komen, menulis status dan memuat naik gambar.

#10. Kos Melindungi Keselamatan Mark Mencecah Jutaan Dollar Setahun

Pada tahun 2017, Facebook membelanjakan sebanyak $7.3 juta untuk memastikan keselamatan Mark Zuckerberg terjamin. Kos itu termasuklah plan keselamatan butiran, penjagaan diri dan juga lawatan menggunakan pesawat peribadi.

Mark Zuckerberg Facebook

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here