Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memberi jaminan bahawa mereka akan memperbaiki keseluruhan masalah yang berlaku pada rangkaian media sosial tersebut. Perkara ini diambil serius susulan tragedi ‘penggodaman’ data peribadi jutaan pengguna platform laman terkenal itu.

 

Menurut Zuckerberg, mereka bertanggungjawab melindungi data peribadi bagi setiap pengguna. Sekiranya mereka hanya melihat dan tidak bertindak sewajarnya maka ‘Facebook’ tidak layak berkhidmat kepada seluruh masyarakat dunia.

“Kami ada tanggungjawab untuk memastikan data peribadi anda selamat, dan jika kami gagal berbuat demikian, maka kami tidak layak berkhidmat untuk anda,” ujar Zuckerberg ketika mengulas tentang penyalahgunaan data pengguna laman sosial terkenal itu oleh firma perunding Britain yang dikaitkan dengan  kempen kempen pilihan raya 2016 Presiden Donald Trump.

BACA JUGA :   Kerana Terima Satu Friend Request Di Facebook, Wanita Ini Hilang $500,000

Pendekatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak tahun 2014 bagi mengelak berlakunya pelbagai bentuk penyalahgunaan data yang didedahkan baru-baru ini.

Bagi pihak Zuckerberg, mengakui bahawa mereka telah melakukan banyak kesilapan. Justeru, lebih banyak perkara yang perlu ditingkatkan dan diperbaiki untuk manfaat pengguna. Malah mereka juga akan melaksanakan beberapa tindakan agar perkara itu segera dibendung.

“Kami akui bahawa kami turut melakukan kesilapan, lebih banyak perkara yang perlu dilakukan dan kami atau memperbaikinya dan melaksanakannya dengan segera untuk mengatasinya,” ujarnya.

Firma perunding data Britain, Cambridge Analytica (CA) telah mendedahkan penyediaan laporan profil psikologi 50 juta pengguna Facebook menerusi sebuah aplikasi ramalan personaliti yang dihasilkan oleh penyelidik yang dikenali sebagi Aleksander Kogan.

Penggunaan aplikasi tersebut mencecah ratusan ribu, dengan anggaran kira-kira 270,000 pengguna telah memuat turun sejak diperkenalkan. Tanpa disedari mereka turut mengambil data rakan mereka secara tidak sengaja, kerana pada ketika itu peraturan Facebook membenarkan ia berlaku.

BACA JUGA :   Google Bakal Sekat Segala Iklan Berkaitan Cryptocurrency Bermula Jun 2018

“Kogan, Cambridge Analytica Dan Facebook Melanggar Amanah,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Facebook juga dikatakan telah melanggar peraturan dan amanah daripada orang ramai yang mana sepatutnya data peribadi pengguna itu sebaiknya dilindungi. Sungguhpun begitu, pihak mereka juga akan mengambil alternatif baru untuk menjaga privasi para pengguna.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here