Bintang Manchester United, Alexis Sanchez meluahkan kekecewaan terhadap prestasi yang dipamerkan dirinya di The Red Devils semenjak meninggalkan Arsenal. Pemain berusia 29 tahun itu ternyata sangat bergelut untuk memberikan impak di bawah Jose Mourinho setelah berpindah ke Old Trafford di dalam satu perjanjian pertukaran pemain membabitkan Henrikh Mkhitaryan pada Januari lalu.

Alexis Sanchez
Kredit foto : Martin Rickett/PA Wire.

Sanchez setakat ini hanya berjaya menjaringkan 1 gol di dalam 10 perlawanan untuk Manchester United, ditambah pula dia hanya diletakkan di bangku simpanan ketika kelabnya menumpaskan Brighton 2-0 pada saingan suku akhir Piala FA Sabtu lalu.

Pemain itu kini berada bersama pasukan Chile untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sweden hujung minggu ini. Tetapi, penyerang itu mengakui dia sedang mempertimbangkan untuk tidak melibatkan diri bersama pasukan kebangsaan.

BACA JUGA :   Sempena Kejayaan Manchester City, Etihad Airways Berikan Diskaun 40% Ke Semua Destinasi

“Saya sentiasa mahukan diri saya berikan yang terbaik”

“Sejak tiba di Man Utd, saya rasa sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan cepat”

“Saya rasa teragak-agak untuk menyertai pasukan kebangsaan kali ini, saya sudah meminta kebenaran untuk tidak terlibat dengan perlawanan-perlawanan antarabangsa”

Alexis Sanchez

Namun, setelah berbincang dengan rakan senegaranya iaitu Claudio Bravo yang merupakan penjaga gol Manchester City, Alexis Sanchez mengakui dia merasa lebih tenang dan bersemangat.

Tambahnya lagi, pertukaran kelab membuatkannya rasa sangat terganggu dan itu merupakan kali pertama dia berpindah pada musim perpindahan Januari.

“Terlampau banyak kesukaran yang perlu saya hadapi. Kehidupan di sini memang sangat sukar”, ujarnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia sukan dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Pengurus MU, Jose Mourinho Kemungkinan Besar Letak Jawatan?

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here