Pelancaran TV OKEY yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dan disiarkan secara langsung menerusi TV2, membuka peluang dan ruang kepada penduduk Sabah Sarawak melahirkan Inspirasi melalui kemunculan saluran televisyen (TV) baharu Radio Televisyen Malaysia (RTM). Saluran ini khusus untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

TV OKEY Inisiatif ini dilihat mampu menjadi platform untuk masyarakat khususnya Sabah Sarawak untuk meneroka khazanah serta potensi Industri Kreatif yang terdapat di Bumi Sabah dan Sarawak. Jika sebelum ini, masyarakat Sabah Sarawak yang tinggal di pendalaman hanya mendengar radio untuk mengetahui isu semasa, sekarang mereka boleh menonton di kaca telivisyen menerusi TV OKEY.

TV OKEY

Pelancaran TV OKEY dilihat banyak manfaatnya, selain masyarakat Sabah Dan Sarawak mendapat informasi terkini, ia dapat melebarkan dan meningkatkan Industri Kreatif. Contohnya, penduduk Sabah dan Sarawak yang pandai menari, menyanyi dan mempunyai seni kemahiran lain, dapat dilihat oleh masyarakat luar.

TV OKEY

Selain itu, kemunculan TV Okey juga dapat membuka peluang pekerjaan hampir 10, 000 kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak.  TV OKEY adalah satu saluran baharu yang memberikan informasi dan hiburan menerusi pelbagai genre serta memaparkan kepelbagaian keunikan adat resam dan keindahan flora serta fauna yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Perkataan OKEY mempunyai makna tersendiri. Ia adalah gabungan akronim daripada perkataan Opportunity, Knowledge, Experience dan Yours atau young.

TV OKEY

Anda pastinya tertunggu-tunggu untuk melihat saluran baharu daripada (RTM). Anda boleh menonton siaran TV OKEY di saluran 110 di MyTV dan 109 di saluran Astro.  Pastinya buah tangan yang dipertontonkan nanti kepada rakyat Malaysia sangat menarik. Mana tidaknya, terdapat banyak etnik dan kepelbagaian bangsa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Sabah sahaja, mempunyai lebih 52 etnik, itu yang rasmi sahaja. Manakala, di Sarawak sebanyak 27 etnik dengan 50 bahasa.

Penjenamaan semula TVi kepada TV OKEY dapat menarik lebih ramai penonton untuk memilih saluran ini untuk dapatkan informasi terkini.

TV OKEY

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: RTMTV2

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here