keluarga

Tidak disangkal bahawa dunia pada hari ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman dulu. Kemajuan teknologi yang kita lihat hari ini jelas sekali memperlihatkan hubungan keluarga terdekat itu semakin renggang, tetapi sibuk berhubung dengan yang jauh. Anda faham kan?

Zaman kini juga sungguh mencabar , ibu bapa kadang-kadang terlalu sibuk mencari duit untuk menyara kehidupan, sehinggakan terlepas pandang tentang masa untuk bersama anak-anak. Keadaan ini sepatutnya tidak boleh dibiarkan kerana hubungan kekeluargaan itu perlu dijaga agar ia sentiasa kukuh dan semakin hari semakin erat antara satu sama lain.

Jika anda ibu bapa menyedari tentang hal ini dan tidak tahu bagaimana untuk menjadikan hubungan kekeluargaan itu kembali erat, di sini terdapat beberapa tips yang boleh digunakan tanpa perlu menggunakan kos tinggi.

#1. Makan Dalam Dulang/Talam

Jika anda pernah melihat bagaimana jemaah masjid makan bersama-sama dalam dulang begitulah cara yang perlu anda ikuti. Nampak sukar tetapi itu adalah salah satu cara kita mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping menjauhi sifat pembaziran.

Waktu makan bersama anak-anak dalam dulang cuba selitkan nasihat-nasihat kehidupan. Tutup TV, semua hadap ke nasi lauk di tengah-tengah dulang. Dekatkan diri dengan mereka melalui pelbagai  nasihat seperti nikmat Tuhan memberi rezeki kepada manusia, tentang susah senangnya ibu bapa mencari rezeki dan banyak lagi boleh dikongsikan. Pastikan anda menyelami jiwa mereka agar hati mereka itu terjaga dengan cabaran dunia luar kelak.

Perkara yang sangat diharapkan oleh ibu bapa iaitu agar anak-anak ini menjaga mereka ketika usia tua dan bukan menghantar mereka di pusat jagaan orang tua. Sedih jika kita melihat anak-anak yang bertindak sedemikian. Pastikan ibu bapa dekat dengan anak dan hiasi jiwa mereka dengan kelembutan serta nasihat-nasihat berguna. In Shaa Allah langkah ini berkesan wahai ibu-ibu dan ayah-ayah yang disanyangi.

#2. Memasak

Memasak atau menyediakan makanan adalah tugas bagi seorang ibu dan kadang-kala seorang ayah juga akan membantu si ibu untuk memudahkan penyediaan hidangan keluarga. Kalau mempunyai ramai anak ibu boleh bahagikan tugas kepada anak-anak. Seorang potong bawang, seorang potong sayur, seorang pergi ambil serai dan ibu yang gaul bahan semua tu nanti.

Sekurang-kurangnya anak-anak itu tahu cara-cara menyediakan bahan serta cara memasak melalui resepi seorang ibu. Tidak mahu kah para ibu bapa merasai masakan anak-anak bila anda sudah mulai tua dan tidak mampu lagi melakukan kerja berat? Saat paling indah buat anak-anak apabila mereka dapat memasak dan meyuap nasi ke mulut seorang ibu dan ayah. Restu mereka ada pada ibu bapa, jadi ajarlah mereka, dan bimbinglah mereka untuk menjadi insan berguna suatu hari nanti.

#3. Cuci Kereta atau Motor Bersama

Kalau kereta atau motor tu dh kotor tak perlu selalu hantar ke kedai cuci kereta. Cuba ajak anak-anak membasuh kereta tu bersama-sama, waktu mereka usia kanak-kanak adalah waktu sesuai untuk membimbing dan mengajar mereka untuk melakukan kerja. Tapi jangan bagi kerja terlalu berat, kesian anak-anak tu.

Kalau kita perasan di usia kanak-kanak ini mereka suka bermain air, pantang nampak air keluar dari paip tu. Hehe indah bila mengenang kisah silam bersama anak-anak. In Shaa Allah penat lelah tu tak terasa bila melakukan kerja bersama anak-anak. Jadi anda yang mempunyai anak kecil didik mereka dan dekati mereka, jangan pernah membiarkan mereka berasa sendirian.

#4. Lakukan Hobi Sama-sama

Sebagai seorang ibu bapa, anda harus mengenalpasti hobi anak-anak kemudian cuba lakukan hobi tersebut sama-sama atau temankan saja mereka. Kerana mereka akan berasa sangat gembira kerana dapat melakukan perkara yang paling disukai. Comel je anak tu kalau tengok mereka sedang happy kan?

Oleh itu, bila berasa penat ketika pulang kerja dan terpaksa melayan karenah anak cuba luangkan masa walaupun sekejap kerana mereka sudah mula merindui anda. Jangan campurkan masalah kerja nanti kesian kat anak tu kesepian. Insha Allah dengan melihat ukiran senyuman comel anak-anak pasti penat lelah tu hilang. Hargai saat-saat bersama mereka kerana saat mereka semakin dewasa mungkin sukar lagi untuk anda duduk semeja bersama-sama kerana sibuk dengan kerja.

Hobi mereka tu jangan lupa tau para ibu-ibu dan ayah-ayah! Hiburkan hati mereka. Esok nak kerja, so hari ni luangkan masa bersama sampailah mereka tidur. Esok ibu dan ayah dah bangun tapi anak tak bangun lagi, so cium pipi je kan sebab tak nak ganggu anak tidur.

#5. Solat Berjemaah
sumber foto : Serenemaklong (gambar hiasan)

Aktiviti pergi ke masjid dan surau adalah satu aktiviti yang sanagt baik untuk menjaga kemesraan dengan anak-anak tau. Waktu berjalan kaki tu ibu bapa boleh bercerita tentang nasihat-nasihat tentang fadhilat solat berjemaah dan sebagainya.

Kalau tak sempat pergi ke masjid pun, ayah jadilah imam kat rumah untuk isteri dan anak-anak, pendek kata iman keluarga. In Shaa Allah besar pahala orang-orang yang menjaga solat secara berjamaah ni. Langkah ini sebagai permulaan untuk menyelami jiwa dan naluri anak-anak walaupun mereka belum memahaminya secara lebih baik, bak kata orang ‘sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

#6. Hantar Dan Ambil Anak Dari Sekolah

Mungkin ramai ibu bapa yang tidak berkesempatan melakukan perkara sebegini disebabkan sibuk dengan kerja di siang hari. Tetapi anda harus berusaha untuk mendapatkan saat-saat seperti ini walaupun 2 atau 3 kali seminggu itu sudah cukup berbaloi demi keluarga tersayang.

Semasa berada bersama anak-anak di dalam kereta tu adalah peluang untuk mendekatkan diri dengan cara bertanyakan tentang aktiviti, belajar apa, macam mana belajar seronok atau bosan hari ni. Jika anda perasan bila soalan sebegini ditujukan kepada anak-anak, mereka akan teruja dan exited untuk memberitahu segala-galanya.

Sikap seperti inilah yang dimahukan oleh ibu bapa. Anak-anak bebas bercerita tentang apa saja termasuklah masalah yang dihadapi di sekolah.

#7. Berkebun

Sekiranya anda mempunyai laman, gunakan untuk berkebun bersama anak-anak. Lakukan pada setiap hujung minggu sebab waktu ni lah kita mempunyai banyak masa, malah boleh mula berkebun pada awal pagi sekitar 7.30 pagi.

Bagi tugas kepada anak-anak seperti cabut rumput dan ajar mereka cara-cara tanam pokok. Asah kemahiran mereka dari awal ni In Shaa Allah mereka akan memilikinya suatu hari nanti.

Selain itu, ajarlah mereka bagaimana cara untuk memindahkan tanah dari polybag masuk ke pasu, car tabur benih dengan betul dan waktu-waktu sesuai untuk menyiram pokok.

Biar anak-anak kembali kepda ‘nature’. pegang tanah, biar tangan kotor, keluar peluh jantan tu. kemudian bagi sepohon pokok untuk dijaga bagi melatih rasa tanggungjawab dalam diri dan rasa cintakan alam sekitar. Bila pokok tu dah besar, bagi pujian kepada anak-anak untuk menunjukkan kita menghargai usaha mereka.

Duit Bukan Segalanya!

Walaupun kita mempunyai duit setinggi gunung, tapi kebahagiaan itu tidak akan mampu dibeli dengan duit sebanyak itu. Berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan jangan pernah mengikut gaya hidup orang lain nanti binasa. Cuba amalkan 7 cara di atas, pastinya hubungan anda dengan anak-anak akan menjadi lebih erat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here