Sekuel adiwira terbaru keluaran Marvel, Avengers : Infinity War bakal menjadi filem yang mempunyai durasi paling lama dalam sejarah produksi tersebut. Menurut laporan daripada Fandango, Infinity War akan ditayangkan selama 156 minit, bersamaan dengan 2 jam 36 minit. Filem Marvel yang berdurasi paling lama sebelum ini adalah Captain America : Civil War dengan durasi 2 jam 28 minit.

Infinity War

Loading...

Seperti yang telah ditunjukkan di dalam trailer-trailer, Infinity War bakal menampilkan semua adiwira Marvel termasuklah Avengers, Guardians of the Galaxy, Spiderman, Black Panther dan ramai lagi yang akan bergabung tenaga dalam pertembungan epik menentang Thanos.

Jadi, tidak hairanlah mengapa filem tersebut mempunyai durasi yang lama memandangkan kaitan setiap karakter harus diberikan perhatian dan perlu diseimbangkan sebaik mungkin.

BACA JUGA :   Karakter Captain America Bakal Ditamatkan Selepas Sekuel Avengers 4 ?

Pengarah bersama filem itu, Joe Russo menjelaskan bahawa scene membabitkan Thanos berkemungkinan adalah yang terpanjang berbanding watak-watak lain memandangkan Thanos adalah ‘bad guy’ di dalam filem itu.

Infinity War
Thanos

Beliau turut menambah bahawa Thor turut mempunyai scene yang lama kerana ‘The God of Thunder’ juga mempunyai peranan yang cukup penting untuk dimainkan. Meskipun sebelum ini Thor sudah banyak mendapat ‘spotlight’ menerusi sekuel Thor:Ragnarok, namun kali ini sisi kepahlawanan Thor di dalam barisan Avengers mungkin ditonjolkan dengan lebih kuat.

Avengers : Infinity War bakal ditayangkan di pawagam bermula 27 April, 2018.

Infinity War

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia perfileman dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Review Movie Black Panther 2018 (Anti-Spoiler)

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here