Konsert Hora Horey Didi & Friends, konsert animasi pertama di layar perak hari ini melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan rekod pecah panggung selepas 10 hari ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih seluruh negara dengan kutipan melebihi RM1.4 juta.

Konsert Hora Horey

Sekaligus konsert tersebut disenaraikan sebagai salah sebuah filem di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris semasa dua hari pertama penayangan, sebaris dengan filem-filem ‘box office’ lain seperti ‘Tomb Raider’, ‘KL Special Force’, ‘Black Panther’ dan ‘A Wrinkle in Time’.

Terdahulu, Konsert Hora Horey Didi & Friends membuka tirai pada 10 Mac lalu dengan 34 buah pawagam TGV Cinemas di seluruh negara, termasuk diThe Mall, Brunei.

Minggu kedua penayangan Konsert Hora Horey Didi & Friends menyaksikan pertambahan 27 lagi pawagam termasuk GSC, MM Cineplex dan MM2, menjadikannya sebanyak 61 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Konsert Hora Horey

Antara barisan selebriti Malaysia yang terlibat dalam pembikinan Konsert Hora Horey termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, Tomok, Omar & Hana.

Tahniah diucapkan kepada tenaga produksi dan semoga kejayaan sebegini akan dapat diulangi lagi di masa-masa akan datang.

Sumber : Malaysian Digest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia hiburan tanah air, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

  1. I have noticed you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic, you can earn additional cash
    every month because you’ve got hi quality content. If you want to know how to make extra money, search for: Ercannou’s essential adsense
    alternative

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here