makanan tradisi

Ubi telampong! Mesti ada diantara kita yang pertama kali dengar nama unik ini atau sudah biasa dengan nama ini.

Loading...

Ubi telampong merupakan makanan tradisi masyarakat di Negeri Kedah.  ubi telampong, ubi kayu, tebu, manisan tebu,

Mungkin cara penyediaan yang agak rumit menyebabkan kuih tradisi ini kian dilupakan. Makanan tradisi nenek moyang ini masih lagi diamalkan dan popular dalam kalangan masyarakat penduduk Kampung Telok Mukim Binjal, Jitra, Kedah.

Uniknya, cara penyediaan makanan ini mengambil masa yang lama dan rasanya yang sedap. Ubi ini perlu dimasak bersama air tebu selama lapan jam dan dimasak hanya pada musim kemarau berlaku.

makanan tradisi

Bahan yang diperlukan untuk menyediakan makanan ini hanya air tebu dan ubi kayu. mula-mula tebu perlu dimesin untuk dijadikan air tebu. Setelah itu, masukkan dalam kawah kemudian masukkan ubi kayu dan hidupkan api. Makanan ini perlu dimasak dalam kuantiti yang banyak. Juga dimasak menggunakan dapur kayu untuk kekalkan aroma masakan selain menjimatkan penggunaan gas.

BACA JUGA :   Khasiat Air Nira Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Anda

makanan tradisi

Manisan tebu terhasil juga boleh dimakan. Manisan tersebut juga boleh dibuat cendol, makan dengan kuih, makan dengan ketupat, ia seperti madu. Cuma ini manisan daripada tebu. Nak buat air pun boleh, Cuma tambah air kosong dan boleh diminum.

 Masyarakat luar mungkin akan pelik sebab tidak pernah mendengar nama dan rasa makanan ini.

makanan tradisi

Pada asalnya, masyarakat dulu-dulu masak ubi ini sebab nak dapatkan manisan sahaja. Maklumlah dahulu tidak terdapat manisan gula yang proses seperti sekarang.

Menurut Pengerusi JKKK, Abdul Mutalib Abas, 64 tahun, mereka tidak akan meninggalkan tradisi makanan nenek moyang ini sampai bila-bila. Makanan ini akan terus diperkenalkan di seluruh Malaysia termasuk luar negara.

BACA JUGA :   BONGKAR... TMJ Dedahkan Ada Beberapa Pemain Harimau Malaya Tunjuk ‘Besar Kepala’

Warisan makanan tradisi ini perlu disambung dan tidak dilupakan. Anak muda zaman sekarang perlu didedahkan dengan makanan tradisi nenek moyang kita supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

makanan tradisi

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here