Setelah lama perbalahan antara kedua-dua pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL), Mourinho dan Conte, kini mereka berjabat tangan sebagai tanda perdamaian. Mereka bersalaman sebelum menyaksikan kemenangan milik Manchester United dengan keputusan 2-1 semalam.

Perbalahan Mourinho dengan rakan sejawatnya Conte bermula apabila pengurus Manchester itu memulakan pertuduhan yang dibawah Persatuan Bola Sepak Itali pada tahun 2012 yang mana pada ketika itu Conte dikatakan gagal melaporkan insiden mengatur perlawanan melibatkan kelab lamanya di Siena pada musim 2010-2011.

Bagaimanapun, sebelum ini Conte mengendali kelab bola sepak Juventus dijatuhkan hukuman pergantungan selama 10 bulan sebelum dipertimbangan untuk dikurangkan kepada empat bulan. Selepas itu kes melibatkan pengurus Itali kemudiannya digugurkan pada tahun 2016.

mourinho

Pengurus Portugal itu mengherdik Conte, dan kemudiannya Conte membalasnya dengan memanggilnya ‘lelaki kerdil’ dan kedua-duanya juga tersenyum sebelum perlawanan bermula.

Perlawanan yang menyaksikan gol berjaya dihasilkan oleh anak buah Conte, dan kemudiannya Manchester bangkit semula menerusi jaringan Lukaku. Selepas itu Lingard menambah satu lagi jaringan untuk memastikan kemenangan buat mereka.

mourinhoMenurut Jose Mourinho saling berjabat tangan itu tidak perlu dengan kata-kata dan itu sudah nampak bagus. Malah beliau turut mengatakan sikap seperti mereka perlu dilakukan dan dipertontonkan kepada semua yang ada di stadium perlawanan.

“Melalui berjabat tangan ia tidak perlu kata-kata,” ujar pengurus Manchester itu.

“Malah itulah yang saya dan juga Conte mahu tunjukkan kepada semua.

“Sikap sebegini iaitu bersalaman sebelum dan selepas perlawanan itu merupakan satu contoh yang baik dalam bola sepak dan anda perlu teruskan serta saling menghormati antara satu sama lain,” tambahnya lagi.

Jika dilihat kedua-dua jurulatih terkenal itu bukanlah orang biasa-biasa dalam dunia bola sepak. Mereka mempunyai sejarah dan imej tersendiri selama berada dalam dunia sukan bola sepak.

mourinho

Ketika Conte ditemui, beliau tidak nampak berlebih-lebihan apabila ditanya bahawa mereka sudahpun berdamai.

“Mourinho mahu kami berdua berjabat tangan dan kami berdamai,” kata pengurus Chelsea ketika ditanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here