ular sawa Mohd Noor Irfan Mohd Faizal, 15 dari Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang, menemukan seekor ular sawa sepanjang 20 kaki di sebuah ladang kelapa sawit di kampung ini semalam. Beliau pada walnya menyangka batu jatuh, rupanya ular.

Menurut beliau, dia dan ayahnya, Mohd Faizal Othman, 50 tahun sedang mengangkat kelapa sawit dan kemudiannya terdengar bunyi kocakan air di sebuah perigi lama berhampiran tempat mereka bekerja.

Loading...

ular sawa

Remaja tersebut berkata”Masa itu dalam pukul 5 petang, saya tengah teman tolak kelapa dengan ayah sebelum terdengar bunyi air macam ada benda besar jatuh dalam perigi. Ingatkan batu jatuh tetapi bila tengok dekat, baru nampak ular besar tengah melingkar.

“Mula tengok tu memang ada rasa takut, kemudian ayah pun panggil kawan-kawan dan penduduk kampung untuk angkat dan tarik ular tu keluar,” katanya ketika ditemui di kampung itu.

BACA JUGA :   Johor Bantu Untuk Tingkat Taraf Bahasa Inggeris Di Sekolah Pendalaman

Salah seorang penduduk, Syahrul Karim, 22 tahun berkata ular berkenaan berjaya dikeluarkan selepas dijerut dan ditarik seramai tujuh orang penduduk kampung.

“Memang berat tapi sebab ramai yang tarik, jadi masa nak keluarkan ular tu dari dalam perigi itu tak lama,” katanya lagi.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipercayai sarang reptilia berkenaan dan seringkali dilihat meninggalkan jejak.

“Itu memang kawasan dia sebab makanan dia semua dia tarik masuk dalam perigi. Cuma kali ini baru pertama kali dapat nampak dan terus dapat tangkap. Ini pun bukan kali pertama penduduk kampung nampak ular ni,” jelasnya.

ular sawa Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 6 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

BACA JUGA :   Muar Diisytihar Sebagai Bandar Terbersih Di Asia Tenggara

“Seramai lima anggota telah digerakkan dengan sebuah lori dan tiba di lokasi 15 minit kemudian. Apabila sampai, benar ada seekor ular sawa yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung,” kata beliau.

Menurut Sharol, berat ular sawa berkenaan dianggarkan lebih 80 kilogram.

ular sawa Susulan daripada itu, pihaknya telah pun menghubungi Jabatan Perhilitan dan Zoo Negeri Johor bagi menempatkan haiwan berkenaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here