BR1M 2018

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan peruntukan kira-kira RM6.3 bilion akan diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara, bermula Isnin ini. Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang menjelaskan bahawa pengagihan bantuan itu akan dilakukan secara tiga peringkat.

BR1M 2018

Berita itu sememangnya sudah lama dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia, yang sekian lama menunggu duit BR1M dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Pastinya setiap hari ada sahaja yang melayari lawan web BR1M untuk memeriksa status wang sama ada sudah dikreditkan ataupun tidak. Betul kan ?

Majlis pelancaran fasa pertama akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, esok, manakala penerima lain boleh mula menyemak akaun bank masing-masing pada Isnin.

BACA JUGA :   Najib Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Sempena PRU 14 – Strategi Yang Bijak ?

Pengagihan akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini, iaitu mereka yang layak akan menerima bantuan dalam tiga fasa. Jika mereka layak menerima RM1,200, mereka akan diberikan RM400 dahulu dan bakinya akan dimasukkan ke akaun mereka untuk fasa kedua dan ketiga.

BR1M 2018

Di samping itu, kerajaan juga sedang mencari kaedah lebih baik untuk membantu mereka yang menerima bantuan BR1M ini. Antara cadangan awal yang diutarakan adalah penerima BR1M mengikuti latihan kemahiran tertentu bagi meningkatkan pendapatan mereka. Walaubagaimanapun, segala cadangan masih dalam peringkat perbincangan dan akan dikaji sebaik mungkin sebelum diumumkan.

Diharapkan bantuan yang diterima akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat, terutamanya di zaman ekonomi serba mencabar kini.

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here