Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi memberi bayangan bersedia untuk melepaskan jawatan No.1 badan induk sukan bola sepak negara itu tidak lama lagi.

Tunku Ismail juga memberitahu bahawa baginda tidak akan menyandang jawatan itu untuk tempoh yang lama.

jawatan

Presiden FAM ini tiada azam. Saya ialah presiden yang cuba mencari duit untuk pasukan lain supaya mereka dapat bertanding tanpa bebanan yang banyak. Betulkan struktur dan cuba lakukan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan. Selepas itu saya mengharapkan ada satu presiden baharu, superman jadi Presiden FAM kerana saya tidak lama (sebagai presiden).

Katanya lagi, saya akan lepaskan jawatan FAM mungkin pada tahun 2018 atau 2019. Bergantung kepada keadaan, lebih cepat lebih baik.

Tunku Ismail menduduki kerusi No.1 FAM untuk penggal 2017-2021 selepas menang tanpa bertanding dalam Kongres Tahunan FAM, Mac lalu setelah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada pertandingan.

jawatan

Baginda menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melepaskan jawatan itu.

Seandainya Tunku Ismail melepaskan jawatan itu, FAM bakal berdepan masalah besar ekoran tiada lagi calon untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkannya.

jawatan

Ini adalah kali kedua Tunku Ismail berkata baginda mahu melepaskan jawatan setelah menyatakannya pada pertengahan tahun lalu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here