Peluang yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor kepada ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee tidak disia-siakan kerana ia adalah satu ‘peluang keemasan’ beliau untuk terus maju dalam bidang kejurulatihan bola sepak negara.

 

Pada bulan Mac ini juga beliau akan memulakan pengembaraan ilmu dunia bola sepak di tanah Sepanyol bersama pasukan Atletico Madrid yang juga kelab terkemuka dalam tempoh satu atau dua bulan seperti yang diumumkan oleh Presiden FAM.

Datuk Ong Kim Swee juga dalam ucapanya mengatakan, “terima kasih kepada Tunku Ismail atas peluang yang diberikan begitu besar bagi saya untuk menambah lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bola sepak termasuk dalam padang dan luar padang.”

Ong Kim Swee

Inilah kesungguhan yang ditunjukkan oleh ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara untuk berguru di kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid. Pada tahun 2016 Johor Darul Ta’zim telah menjalin hubungan dengan Atletico dan beberapa lagi kelab merupakan aspek yang memudahkan lagi Ong Kim Swee berada di tanah Sepanyol itu nanti.

“Ia juga memperlihatkan bahawa Tunku Ismail begitu prihatin dan bukan terhadap pemain sahaja tetapi barisan kejurulatihan juga dititikberatkan beliau, terutama jurulatih tempatan,” katanya lagi.

Ong Kim Swee

Tmj bersama sidang media semalam di Johor Bahru, berkata bahawa tindakan yang diambil itu bakal memberi impak positif untuk membimbing skuad B-23 itu, disamping meningkatkan lagi kemahiran kejurlatihan Datuk Ong Kim Swee.

Namun begitu, jurulatih negara itu juga bejaya mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak negara apabila berjaya layak hingga ke peringkat suku akhir Kejohanan B-23 AFC di China sebelum tumbang 1-2 ditangan pasukan Korea Selatan dibawah bimbingan Kim Bong Gil.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here