Kereta Berkepala Dua?

Adakah anda pernah melihat kereta yang berkepala dua di jalan raya? Semestinya tidak kerana kereta seperti ini akan mengelirukan orang ramai.

Akan tetapi terdapat seorang mekanik Indonesia yang yang telah melakukan perubahan terhadap sebuah kereta.

Cat

Kereta Berkepala Dua Menyerupai Animasi “Cat-Dog”

Kereta berkepala dua yang menyerupai animasi ‘Cat-Dog’ tular di serata dunia apabila kemunculannya di sekitar Sukajadi, Bandung berjaya dirakam orang ramai.

Cat

Kereta tersebut telah direka oleh seorang mekanik Indonesia, Roni Gunawan, yang turut menambah kenderaan tersebut direka bukanlah untuk kegunaan harian.

Kos penyelenggaraan yang diperlukan untuk memodifikasi kenderaan ini adalah sekitar 60 juta Rupiah (RM17,645).

Tentang Kereta Berkepala Dua

Kenderaan ciptaan Roni, 71, dilihat sangat kreatif dan ‘gila’ tambah-tambah lagi belum pernah ada mana-mana individu yang cuba tampil menghasilkan rekaan yang sama.

Cat

Kereta ini memiliki dua nombor plat, dua enjin, dua tramisi dan dua pedal pada bahagian hadapan masing-masing.

Sebenarnya, Roni hanya mencantumkan bahagian hadapan dua buah kereta.

Tidak Menepati Piawaian Keselamatan Kenderaan?

Walau bagaimanapun, kereta berkenaan telah ditahan oleh polis tempatan kerana tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.

Cat

Seorang anggota polis Indonesia, Hilman Rawalasi mendakwa kereta itu telah melanggar peraturan lalu-lintas termasuk tidak menggunakan lampu isyarat dan lampu keselamatan dengan betul.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Utusan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here