Anda semestinya mengingati filem Pacific Rim yang ditayangkan pada tahun 2013. Filem yang dihasilkan oleh Legendary Pictures dan diedarkan oleh Warner Bros mendapat sambutan hangat seluruh dunia.

Pacific Rim

Ulang Tayang Plot Pacific Rim Pertama

Filem iini berkisahkan apabila raksasa gergasi dikenali sebagai Kaiju muncul dari laut, bermulalah perperangan yang meragut jutaan nyawa manusia dan mengambil sumber manusia untuk bertahun-tahun lamanya.

Sejenis senjata istimewa dicipta untuk bertarung dengan gergasi Kaiju, iaitu robot gergasi yang dipanggil Jaegers.

Pacific Rim

Jaegers dikawal bersama oleh dua orang pemandu dimana mindanya dikunci dalam keadaan neutral. Namun Jaegers ternyata tidak memadai untuk menentang Kaiju.

Dalam kekalahan tersebut, tentera pelindung manusia tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung kepada dua orang wira iaitu seorang bekas pemandu yang gagal (Charlie Hunnam) dan seorang pelatih masih baru (Rinko Kikuchi).

Pacific Rim

Mereka berdua akan bekerjasama untuk memandu sebuah Jaeger lama dan ketinggalan zaman. Mereka berdua juga merupakan harapan terakhir manusia terhadap malapetaka yang semakin menghampiri.

Pacific Rim Kedua Akan Ditayangkan?

Kini, filem Pacific Rim kedua iaitu Pacific Rim: Uprising akan ditayangkan pada bulan Mac 2018 dengan aksi yang lebih mendebarkan dan menarik perhatian.

Pacific Rim

Pacific Rim: Uprising akan mengambil masa 10 tahun kehadapan selepas perperangan (Battle Of The Breach) yang pertama.

Plot Pacific Rim: Uprising

Selepas kekalahan yang teruk sekali, para Jaegers telah membuat “comeback” dengan rekaan yang lebih maju dan dua kali ganda lebih berkuasa dari sebelumnya.

Mereka akan menggunakan rekaan mereka untuk menentang Kaiju dan akan bangkit semula dengan kemenangan.

Pacific Rim

Pacific Rim yang pertama juga telah menunjukkan jalan cerita yang amat mendebarkan, harapnya Pacific Rim: Uprising juga begitu.

Anda Semestinya Tidak Sabar!

Buat penggemar filem ini, anda semestinya tidak sabar dan jika anda seorang yang gemarkan filem yang bergenre sains fiksyen semestinya Pacific Rim menjadi salah satu filem yang menjadi kegemaran anda.

Saya merasakan bahawa filem ini semestinya tidak mengecewakan kerana trailer yang ditayangkan sangat menarik perhatian dengan efek yang sangat padu!

Sementara menunggu file mini ditayangkan di pawagam, marilah kita lihat trailer Pacific Rim: Uprising di bawah. Semoga anda “enjoy”.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here