Filem Baru Terbitan Syafiq Yusof

Pengarah yang popular dengan siri Abang Long Fadil dan Desolasi iaitu Syafiq Yusof kini muncul lagi dengan filem terbaru yang bertajuk ‘KL Special Force’. Wah, dengar nama tajuk sahaja sudah cukup menimbulkan rasa teruja dan tak sabar untuk menonton filem ini. Apatah lagi, filem-filem Syafiq Yusof sentiasa memberikan impak yang amat besar kepada para penonton.

KL Special Force

Filem terbitan Skop Productions ini ternyata padat dengan aksi lagak ngeri asli dan tidak bergantung pada kesan-kesan khas. Menurut pengarahnya, filem ini hanya menampilkan kesan-kesan khas sebanyak 10% sahaja.

Siapakah Barisan Pelakonnya?

Barisan pelakon untuk KL Special Force menampilkan kombinasi pelakon-pelakon berpengalaman dan popular seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson dan Sabrina Ali.

KL Special Force

Adegan di filem ini juga membabitkan banyak adegan letupan dan aksi tembak menembak yang pastinya memberikan kepuasan terhadap para penonton.

KL Special Force

Melalui gambar-gambar yang ditunjukkan di media sosial Instagram, anda sendiri dapat melihat adegannya penuh dengan aksi yang mendebarkan.

KL Special Force

KL Special Force

Ramai menjangkakan aksi di dalam KL Special Force ini bakal setaraf dengan filem Hollywood. Hmm betul ke ? Tanpa celoteh panjang, jom kita layan trailer filem ini di bawah.

Trailer filem ini sahaja sudah penuh dengan aksi gempak dan mendebarkan. Semestinya, apabila filem ini ditayangkan anda tidak akan berasa kesal. Apa yang anda tunggu lagi? Tandakan tarikh penting tayangan filem ini di kalendar!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here