Ibu bapa di sebuah daerah di Britain bakal didenda dan didakwa di mahkamah sekiranya anak mereka lewat atau ponteng sekolah lebih 10 kali dalam satu penggal.

Lembaga pendidikan Staffordshire, baru-baru ini, bersetuju mengenakan denda £120 (RM654) kepada ibu bapa sekiranya anak mereka lewat atau tidak hadir ke sekolah.

ponteng

Ponteng dan lewat hadir ke sekolah menjadi masalah di sekolah di daerah itu malah peraturan sebelum ini yang denda ibu bapa jika anak mereka tidak hadir atau lewat lebih 20 kali dilihat tidak berkesan.

Satu surat yang dihantar kepada ibu bapa oleh Sekolah Kingsmead di Hednesford memberitahu, perubahan itu dipersetujui ketua guru tempatan.

ponteng
Gambar Hiasan

Katanya, peraturan baru itu dikuatkuasakan bagi membantu meningkatkan kedatangan pelajar ke sekolah.

Kegagalan memaklumkan kepada sekolah mengenai ketidakhadiran yang dirancang atau mengemukakan bukti menyokong ketidakhadiran atau kelewatan mungkin menyebabkan anda didenda.

Sementara itu, Ketua Majlis Pendidikan Staffordshire, Paul Senior berkata, peraturan dibuat bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka awal ke sekolah.

ponteng
Gambar Hiasan

Peraturan itu bermula apabila pelajar kembali ke sekolah selepas cuti Krismas pada 5 Januari ini.

Sejak dua tahun lalu, 184 ibu bapa dan penjaga didakwa di mahkamah kerana anak mereka lewat atau tidak hadir ke sekolah.

Sebanyak £102,080 (RM556,188) denda dikutip dalam tempoh itu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here