Khaled Nordin

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terlibat rasuah seperti yang disiasat SPRM membabitkan bekas anggota Exco negeri Johor berkenaan skandal pengurusan hartanah.

Khaled Nordin
Mentersi Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin

Mohamed Khaled disyaki menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot Bumiputera kepada lot bukan Bumiputera, yang dibangkitkan DUN Senai (Wong Shu Qi) dalam persidangan DUN Johor, baru-baru ini.

Loading...

Isu rasuah itu menjadi gempar susulan penyebaran beberapa dokumen di sebuah blog yang memaparkan kenyataan seorang saksi dalam siasatan kes tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Menurut dokumen itu, saksi mengaku menjadi orang tengah bagi menguruskan permohonan beberapa syarikat pemaju untuk mendapatkan sokongan Mohamed Khaled agar salah seorang bekas Exco negeri Johor meluluskan penukaran status tanah bumiputera kepada bukan bumiputera dengan bayaran komisyen.

Walaubagaimanapun, Khaled mendakwa tuduhan itu merupakan satu fitnah yang berniat jahat atau dibuat secara “mala fide” bagi memalukan serta mencalarkan nama baik beliau dan kepimpinan kerajaan negeri.

BACA JUGA :   Niat Mahu Beramal, Peniaga Di Segamat Ini 'Steady' Jual Roti Canai Hanya 50 Sen
Khaled Nordin
Dakwaan rasuah itu dibangkitkan di persidangan DUN Johor

Khaled menegaskan bahawa pentadbiran beliau tidak menerima dan tidak akan menerima apa-apa suapan, malah akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan kepada beliau dan pentadbirannya.

“Semasa Anggota DUN Senai (Wong Shu Qi) menimbulkan isu tersebut di Dewan, saya ingin menjelaskan bahawa saya sama sekali tidak tahu akan kewujudan dokumen yang mengandungi kenyataan saksi tersebut.”

Khaled Nordin
Anggota DUN Senai, Wong Shu Qi

“Saya juga tidak mempunyai cara untuk mengesahkan kebenaran dan ketulenannya. Hanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja yang layak mengesahkannya,” kata beliau

MB Johor itu juga berterima kasih kepada SPRM yang bertindak pantas mengesahkan bahawa itu adalah dokumen rahsia yang telah dibocorkan. Selain item dokumen tersebut telah ditokok tambah dari dokumen asal. Ini bermakna, kandungan yang tersebar adalah tidak benar dan terpesong dari kandungan asal.

Saksi juga dikatakan mengaku memberikan sejumlah wang kepada Mohamad Khaled secara tunai dan melalui cek pada beberapa tarikh di Pejabat Perhubungan Umno Negeri.

BACA JUGA :   Seluruh Rakyat Johor Bakal Nikmati WiFi Hotspot Percuma Bermula Februari 2018

SPRM

Namun pada tarikh-tarikh itu, Khaled Nordin berada di luar negara dan tempat-tempat lain untuk pelbagai urusan dan langsung tidak berada di pejabat berkenaan.

Justeru itu, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wong atas tindakannya membocorkan dokumen rahsia rasmi kerajaan di dalam DUN Johor.

Menurut Khaled Nordin lagi, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang masih sengaja membuat fitnah, spekulasi dan apa-apa tindakan yang tidak wajar terhadapnya selepas ini.

Khaled Nordin
Sumber foto : Free Malaysia Today

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here