Lionel Messi Akan Kekal Bersama Kelab Barcelona

45
barcelona

Awal pagi tadi, pada pukul 3.45 am waktu tempatan, Barcelona bersua semula dengan kelab Inggeris iaitu Chelsea dalam aksi timbal balik. Perlawanan berlangsung di Nou Camp menyaksikan  pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan dalam misi mencari gol kemenangan untuk terus mara dan bergelar juara.

 

Pada aksi tersebut, Antonio Conte berkata beliau percaya bahawa Lionel  Messi tidak akan pernah meninggalkan kelabnya itu sepanjang kariernya selepas bintang kelahiran Argentina itu berjaya meledakkan gol seterusnya meranapkan gawang Chelsea dalam pertarungan sengit Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

barcelona

Messi juga berjaya meledak gol ke 100 untuk dirinya dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, disamping membantu pasukannya terus mara  dengan keputusan 3-0. Justeru keputusan itu membolehkan Bercelona layak ke peringkat suku akhir, dengan agregat 4-1.

Gol pertama yang disumbat oleh Messi selepas 129 saat perlawanan berlangsung adalah gol terpantas yang pernah dihasilkan sepanjang kariernya.

barcelona

Sebelum ini, bintang bola sepak terkenal itu kerap dikaitkan dengan perpindahannya yang membabitkan jumlah cukup lumayan ke kelab di Liga Perdana Inggeris tetapi Conte yakin penyerang itu akan menggantung but di Barcelona.

“Saya fikir bahawa Messi akan kekal sehingga penghujung kariernya di Barcelona,dan kita bercakap tentang sesuatu yang mustahil, saya ulang : kita perlu menghormati pemain ini,” kata pengurus Chelsea itu.

“Kita bercakap tentang pemain menakjubkan dan saya fikir Messi mahu kekal di sana sehingga penghujung kariernya. Mungkin ia juga adalah sesuatu yang tepat untuknya.

“Dia bersama rakan sepasukannya boleh mencipta jalan cerita yang hebat di Barcelona,” ujar Conte lagi.

barcelona
sumber foto : metro

Selepas perlawanan tamat dilihat Conte memeluk bahu Messi sebelum meninggalkan padang tetapi skuad kendaliannya turut berpeluang mencipta jaringan tetapi nasib tidak menyebelahi, dan terpaksa menanggung kekalahan 3-0 di Nou Camp.

Disamping itu, Barcelona juga mungkin berdepan dengan soalan daripada badan induk, UEFA berkenan kejadian yang mana penyokong Chelsea mengalami kecederaan di luar stadium.

“kami sedar tentang kejadian di luar stadium iaitu sebelum aksi perlawanan bermula yang mana beberapa penyokong Chelsea mengalami kecederaan.

Kejadian itu diketahui oleh jurucakap Chelsesa, dan jurucakap itu meminta peminat Chelsea yang tercederah untuk membuat laporan mengenai insiden berlaku ketika sampai di stadium supaya perkara tersebut dapat dibawa kepada pihak berkuasa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here