Kejadian bayi malang yang ditinggalkan dalam kereta ibu bapa kini menjadi parah. Kemarin, satu lagi kes berlaku melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditinggalkan dalam kereta berseorangan selama lebih kurang 4 jam.

Kanak-kanak tersebut atau Nur Awfa Humaisha’ Muhammad Ali Riduan meninggal dunia dipercayai mengalami stok haba atau kepanasan yang melampau.

kanak-kanak

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat mangsa dan telah mengambil keterangan daripada saksi yang berkenaan termasuk ibunya.

“Pada masa ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak,” katanya di sini hari ini.

Zainudin memberitahu, siasatan mendapati, setiap pagi, Hasmah, 32 tahun, akan menghantar kakak mangsa ke taman asuhan kanak-kanak (taska) dan kemudian Nur Awfa Humaisha’ ke rumah pe­ngasuhnya.

Bagaimanapun jelasnya, selepas menghantar kakak mang­sa ke taska hari ini, wanita berkenaan terus memandu ke tempat kerja tanpa menyedari mangsa yang duduk di bahagian belakang masih ada dalam kereta tersebut. Hasmah merupakan tenaga pengajar di Kolej Vokasional Port Dickson.

kanak-kanak

Wanita tersebut,  hanya menye­dari anak keduanya itu tertinggal dalam kereta selepas dihubungi oleh pihak taska yang memaklumkan anak sulungnya yang bia­sanya dijemput oleh pengasuh masih belum diambil.

Menurut Zainuddin, wanita itu yang bergegas ke keretanya mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan membawanya ke Klinik Kesihatan Port Dickson.

“Petugas klinik kemudian me­ngesahkan mangsa telah meninggal dunia,” tambahnya.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) di sini, apabila wanita terbabit terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan kenalan.

Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang memberikan semangat kepadanya turut mengalirkan air mata.

Hasmah turut memberitahu rakannya, pagi tadi beliau mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta PROTON Saga miliknya.

Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anak yang dibawa bersamanya.

kanak-kanakMenurut rakan sekerjanya, Hasmah mungkin tertekan dengan lambakan kerja dan mereka turut menerima lawatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini.

Suami Hasmah, Muhammad Ali Riduan, 30-an, redha dengan ketentuan dan sesungghnya Allah lebih menyayanginya. Beliau mengetahui kejadian jam 1.30 tengah hari itu selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban.

Zainudin berkata, hasil bedah siasat mendapati budak berkenaan meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001

kanak-kanakOrang ramai diminta untuk supaya berhati-hati dan selalu beringat tentang keselamatan anak anda. Diharap kejadian seperti ini tidak berulang dan menjadi pengajaran buat semua ibu bapa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai promosi menarik ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com


Sumber: Utusan Malaysia Online

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here