Dunia cryptocurrency dan segala yang berkaitan dengannya bakal kehilangan akses ke dua platform pengiklanan terbesar di internet, apabila Google mengesahkan mereka akan mengharamkan iklan berkaitan cryptocurrency termasuklah pertukaran, mata wang digital, firma pemberi nasihat dan juga initial coin offerings (ICO) bermula Jun nanti.

Cryptocurrency

Loading...

Google nampaknya mengikut jejak langkah pesaing mereka iaitu Facebook yang sebelum ini turut mengharamkan sebarang iklan cryptocurrency sejak Januari lalu.

Polisi terbaru yang dikeluarkan Google mendedahkan bahawa mereka telah menyekat sebanyak 3.2 bilion iklan yang dihantar tahun lalu kerana tidak menepati peraturan yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, sebab sebenar mereka mahu mengharamkan iklan cryptocurrency masih tidak dijelaskan.

Populariti ICO melonjak naik apabila nilai cryptocurrency melonjak sepanjang tahun lalu. Hinggalah sampai di satu tahap di mana Korea Selatan dan China terpaksa mengharamkan cara yang tidak terkawal untuk menaikkan dana syarikat dengan menjual mata wang digital.

BACA JUGA :   Google Maps Semakin Hebat, Rugi Jika Kita Tidak Mengetahuinya

Cryptocurrency

Pihak berkuasa di seluruh dunia sedang cuba untuk menghapuskan ICO, kerana ianya boleh digunakan untuk menipu pelabur dengan mudah. Individu yang tidak bertanggungjawab boleh melancarkan penawaran syiling digital dengan niat menjual produk dan perkhidmatan yang tidak wujud dan tidak akan menjadi kenyataan.

Pendek kata, Google tidak mahu bersubahat memaparkan iklan cyptocurrency kerana ianya sering disalahgunakan untuk memperdayakan sesetengah pihak. Justeru, Google juga tidak ingin imej mereka tercemar dan jalan terbaik adalah mengharamkan iklan berkenaan servis tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   4 Trend Marketing Online Yang Perlu Anda Tahu Untuk Memajukan Bisnes

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here