Program terbitan Astro yang mendapat rating antara tertinggi diteruskan lagi kepada musim kedua. Program nyanyian Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV) bakal temui peminatnya akhir bulan ini.

Gema Gegar Vaganza

Program yang mengangkat lagu berbentuk ketuhanan, sebagai konsep utama seperti musim pertama masih diteruskan untuk musim kedua. Walaupun, program ini mendapat sambutan mengalakkan dalam kalangan penyanyi popular seperti Awi Rafael, Ippo Hafiz dan Farah Asyikin yang turut bertanding pada musim ini.

Pada musim ini, menampilkan 11 peserta bertanding berbanding 10 peserta musim lalu, terdiri daripada 5 kumpulan nasyid tanah air seperti Brothers, Devotees, In-Team, Mestica, dan Rabithah. Turut disertai oleh pasangan duo, Heliza & Hazwani manakala peserta solo ialah Fitri Haris dan Adeep Nahar.

Gema Gegar Vaganza

Keputusan untuk pemilihan peserta dibuat selepas kehadiran ramai penyanyi tanah air berbakat turut hadir ke sesi ujibakat tertutup.

Dari segi pemarkahan pula, barisan peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi serta juri jemputan pada setiap minggu.

Gema Gegar Vaganza

Masih mengekalkan pengacara dari musim pertama, penyanyi Siti Nordiana dan Pelakon Fikry Ibrahim. Disamping kemunculan rakan pengacara baru, Juara (GGV) musim pertama iaitu Fakhrul daripada kumpulan UNIC. Gabungan ketiga-tiga pengacara ini dilihat dapat menarik lebih ramai penonton untuk melihat (GGV).

Gema Gegar Vaganza

 Hadiah lumayan disediakan untuk pemenang (GGV) musim ini. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,00 beserta trofi. Manakala, naib juara akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 beserta trofi.  Tempat keempat bakal meraih wang tunai sabanyak RM15,000 beserta trofi manakala tempat kelima membawa pulang wang sebanyak RM10,000 beserta trofi dan tempat keenam membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 beserta trofi.

Gema Gegar Vaganza

Gema Gegar Vaganza  bakal menemui penonton di saluran dan disiarkan setiap hari Sabtu, 9 malam bermula 31 mac ini. Dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  selama 7 minggu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: mStar Online

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here