Saban hari, kita dapat saksikan Lazada semakin banyak melakukan perubahan baru. Terkini, platform membeli belah atas talian yang dimiliki oleh Alibaba itu telah menggantikan CEO sebelum ini, Max Bittner dengan CEO baru, Lucy Peng.

Lucy Peng lazada

Loading...

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Lucy Peng ini ? Justeru, di sini kami sediakan beberapa butiran yang anda perlu tahu mengenai CEO baru Lazada ini :

Beliau adalah salah seorang pengasas Alibaba, yang menubuhkan laman membeli-belah atas talian bernilai US$500 bilion bersama Jack Ma pada tahun 1999. Enam daripada lapan belas orang pengasas Alibaba adalah wanita.

Beliau berstatus billionaire dengan kekayaan melebihi US$1.1 bilion, menurut laporan terbaru daripada Forbes.

Merupakan seorang bekas guru – sama seperti Jack Ma, Lucy Peng pernah mengajar di Zhejiang University of Finane and Economics selama 5 tahun pada 90-an setelah menerima ijazah dalam bidang pengurusan bisnes daripada sebuah kolej tempatan.

BACA JUGA :   Kini Anda Hanya Perlu 'Senyum' Untuk Dapatkan Ayam Goreng KFC Terus Ke Meja Anda

Pelantikan beliau adalah trend terbaru Alibaba, yang kini semakin semakin banyak menggantikan kakitangan Lazada dengan ‘orang’ mereka sendiri. Sejak beberapa bulan lalu, 2 eksekutif senior Alibaba dilantik menerajui bahagian teknologi Lazada. Di samping itu, hub teknologi terbaru Lazada di China juga bakal mengadakan ikatan yang lebih kuat dengan Alibaba.

Mempunyai banyak pengalaman sebagai CEO. Pada tahun 2010, beliau dilantik sebagai CEO Alipay selama 6 tahun sebelum melepaskan jawatan tersebut kepada Eric Jing.

Lucy Peng Alipay

Di dalam peranannnya sebagai bos Alipay, beliau telah berjaya membawa syarikat itu menjadi kuasa besar dalam aplikasi kewangan bukan sahaja di China malah turut berkembang pesat di luar negara.

Sebelum menyandang sebarang jawatan besar, beliau hanyalah ketua pegawai di Alibaba lebih daripada 10 tahun.

Beliau bakal berulang alik dengan kerap. Beliau akan banyak menghabiskan masa di ibu pejabat di Singapura dan juga di China untuk membincangkan proses integrasi dan pengembangan Lazada.

BACA JUGA :   Xiaomi Bakal Menambah Lagi Mi Stores Di Malaysia

Alibaba akan bersaing untuk merebut Asia Tenggara. Dengan kemasukan awal pesaing sengit mereka, Amazon ke Singapura dan banyak lagi laman membeli belah atas talian yang sedang meningkat naik di Asia Tenggara, Alibaba tidak boleh berdiam diri. Ini terbukti dengan pelantikan Lucy Peng, salah seorang invidu yang paling mereka percayai untuk menerajui Lazada terus ke depan.

Tambahan pula, beliau telah diberikan peruntukan sebanyak US$2 bilion untuk melakukan apa yang patut.

Lucy Peng

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia bisnes, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Tech in Asia

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here