Ahmad Dusuki

Ustaz Ahmad Dusuki Cetus Kontroversi…

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggantung sementara pentauliahan anggota perhubungan PAS negeri iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani selepas terpalit kontroversi mendoakan kehancuran “pakatan yang jahat”.

Ahmad Dusuki

Loading...

Antara punca beliau digantung tauliah adalah kerana berdoa menyamakan pertempuran antara PAS dan parti lain pada PRU akan datang seperti Perang Ahzab. Doa itu dibacakan selepas solat hajat anjuran PAS Selangor sempena 10 tahun PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam pada 18 Mac lalu.

Peperangan Ahzab atau Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad S.A.W yang ketika itu berada di Madinah.

BACA JUGA :   Dr Mahathir Umumkan Akan Bertanding Dalam PRU14 Akan Datang

Selain itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut berdoa memohon agar PAS diberi kemenangan pada pilihan raya umum akan datang serta dapat memerintah di Selangor.

Beliau yang juga seorang pendakwah turut berdoa agar ‘pihak’ yang meninggalkan PAS serta ‘memungkiri’ baiah mendapat balasan daripada Allah.

Tindakan Yang Diambil MAIS

Menurut pemakluman yang dibuat menerusi satu surat rasmi yang ditandatangani Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mais, Mohd Shahzihan Ahmad menyebut bahawa Ustaz Ahmad Dusuki digantung daripada mengajar agama atau apa-apa perkara berkenaan Islam di dalam negeri Selangor.

MAIS Ahmad Dusuki
MAIS

Penggantungan itu adalah menurut kesalahan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 pindaan 2015.

BACA JUGA :   PAS Ketepikan Sentimen Politik, Utamakan Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

Di dalam surat itu juga dijelaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap penggantungan ini membolehkan Ahmad Dusuki dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kedudukan Ahmad Dusuki selaku pemegang tauliah akan diputuskan selepas ini oleh Jawatankuasa Tauliah yang akan bersidang dalam tempoh masa terdekat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here