Tidak seperti kebanyakan ahli-ahli politik lain yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kemenangan, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sebaliknya berkata, beliau menerima segala keputusan yang dibuat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Tegasnya, semua parti juga harus mempunyai mentaliti seperti itu. Jangan kerana tewas, pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan ke atas parti lain. Hak mengundi adalah hak rakyat, jadi itu adalah terpulang kepada mereka untuk memilih pemimpin dan parti yang dirasakan terbaik dalam memerintah negara.

Loading...

Ini adalah sebahagian daripada aliran politik matang dan telus yang cuba dibawa PAS ke dalam sistem pentadbiran negara ini.

Haji Hadi “Itu yang perlu kita kemukakan pada masyarakat sama ada menang atau kalah kita terima hakikat itu kerana rakyat telah membuat keputusan mereka,” kata Haji Hadi ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila Marang di sini hari ini.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa BN Dijangka Menang Mudah Di Sabah

Beliau turut mengingatkan semua penyokong dan orang ramai supaya tidak melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU14 ini.

“Kita perlu terima. Jangan kita buat sesuatu yang akan menyusahkan rakyat dan negara,” katanya lagi.

Haji Hadi
Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang

Pemimpin PAS itu turut berpuas hati dengan tempoh berkempen 11 hari yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya. Sepanjang tempoh masa yang diberikan, PAS berjaya berkempen tanpa sebarang masalah dan insiden yang tidak diingini.

“Kita gunakan pendekatan tidak berbalah tetapi boleh berbeza. Ia adalah pendekatan yang baik. Kita elakkan daripada pertembungan yang tajam, boleh berbeza pendapat tapi tidak boleh bergaduh,” katanya.

BACA JUGA :   2 Bekas Menteri Dibuang UMNO Kerana Menyokong Pembangkang

Diharapkan agar kesemua pihak dapat mencontohi nilai-nilai murni yang cuba ditonjolkan PAS dan Haji Hadi dalam menerima keputusan pilihan raya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here