Tatkala seluruh Malaysia pastinya gembira dengan khabar bahawa Pakatan Harapan telah memenangi PRU 14, segelintir penduduk di Negeri Sembilan dan Johor meluahkan kesedihan kerana terpaksa melihat Menteri Besar kesayangan mereka iaitu Tok Mat dan Khaled Nordin mengundurkan diri.

Tidak dinafikan, Datuk Seri Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, merupakan seorang pemimpin yang begitu dekat di hati rakyat Negeri Sembilan. Cara pentadbirannya yang berkarisma, bertanggungjawab dan penuh merendah diri membuatkan rakyat begitu sayangkan beliau.

Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hassan a.k.a Tok Mat

Begitu juga dengan Khaled Nordin, yang sebelum ini merupakan Menteri Besar Johor. Khaled sememangnya sudah bekerja dengan cukup keras bagi memberikan yang terbaik buat rakyat Johor sepanjang 5 tahun yang lalu. Beliau begitu komited bagi memastikan negeri di selatan tanah air itu mencapai kemajuan yang diingini, mendepani negeri-negeri lain di Malaysia.

Namun begitu, sayangnya kedua-dua pemimpin hebat ini berada di dalam parti Barisan Nasional, sebuah parti yang diketuai oleh Najib Razak.

Rakyat Negeri Sembilan dan Johor berada dalam dilema. Mereka mahu Menteri Besar kekal tetapi tidak mahu BN memerintah. Mereka mahu Najib Razak turun dari kerusi Perdana Menteri. Kami percaya itu adalah asas yang sudah tertanam di dalam setiap pengundi di negeri itu.

Tok Mat
Pemimpin Johor, Khaled Nordin.

Akhirnya, rakyat terpaksa membuat pilihan. Mereka sudah tidak sanggup untuk hidup 5 tahun lagi di bawah rejim Barisan Nasional. Tsunami rakyat yang mahukan perubahan tidak dapat dibendung. Pengundian berdasarkan parti menjadi keutamaan. Kredibiliti calon adalah soal kedua. Yang penting, “ASALKAN BUKAN BARISAN NASIONAL”.

Akhirnya, Tok Mat dan Khaled Nordin terpaksa dikorbankan. Bukan kerana mereka tidak bagus, tetapi kerana mereka berada di dalam parti yang salah iaitu Barisan Nasional.

Justeru, kepada parti Pakatan Harapan yang akan memegang Negeri Sembilan dan Johor selepas ini, diharapkan agar Menteri Besar baharu yang dilantik nanti akan melaksanakan tanggungjawab yang sudah dijanjikan.

Tok Mat
Pakatan Harapan memenangi PRU14 dengan majoriti mudah.

Rakyat sudah banyak berkorban termasuklah menggadaikan Menteri Besar kesayangan mereka. Ini juga adalah kali pertama dalam sejarah di mana Barisan Nasional tumbang di negeri kelahiran UMNO sendiri. Jangan sesekali lupakan hakikat itu.

Semoga pengorbanan yang dilakukan akan memberikan hasil yang lebih baik.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here