PRU14 kali ini menyaksikan kekalahan parti politik Barisan Nasional yang diterajui oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak. Ini merupakan kekalahan yang pertama sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

PRU14

Walau bagaimanapun, Najib menang dengan majoriti 24,859 undi di Pekan. Namun, lapan menteri dan 19 timbalan menteri kalah kerusi parlimen.

Antara menteri yang telah tewas pada PRU kali ini ialah, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Kementerian Pengangkutan), Datuk Seri Dr S Subramanaim ( Kementerian Kesihatan) dan Datuk Seri Mah Siew Keong (Kementerian Komoditi).Mereka adalah pengerusi parti komponen BN, MCA, MIC dan Gerakan.

PRU14

Dalam pada itu, Liow terlepas menyandang kerusi Bentong dan hanya mengaut undian majoriti 2,032 manakala, Subramaniam kalah dengan majoriti 5,476 undi dan Mah Siew Keong tewas dengan majoriti 11,179 undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

menteri-menteri lain yang kalah termasuklah Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Jamil Khir Baharom dan datuk Abdul Rahman Dahalan

PRU14

Salleh dan Abdul Rahman, kedua-duanya dikalahkan dengan calon WARISAN sekutu HARAPAN DI Sabah. Salleh kalah dengan majoriti 4,262 undi di Kota Belud manakala Abdul Rahman ditewaskan dengan majoriti 12,984 undi di Sepanggar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek pula kalah dengan majoriti 2,163 undi di Kemaman manakala Jamil kalah tipis kepada calon PAS dengan majoriti 539 undi di Jerai. Manakala, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, tewas dengan majoriti 4,139 undi kepada BERSATU di Titiwangsa.

PRU14

Selain itu, antara timbalan menteri yang kalah ialah:

  • Nasrudin Mansur – (Kalah Silam dengan majoriti 6,401 undi kepada WARISAN)
  • Datuk Johari Baharum – (Kalah Kubang Pasu dengan majoriti 13,009 undi kepada BERSATU)
  • Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin – (Kalah Papar dengan majoriti 325 undi WARISAN)
  • Datuk Razali Ibrahim – (Kalah Muar dengan majoriti 6,952 undi kepada BERSATU)
  • Datuk Othman Aziz – (Kalah Jerlun dengan majoriti 5,866 undi kepada BERSATU)
  • Lee Chee Leong – (Kalah Kampar dengan majoriti 11,801 undi kepada DAP)
  • Hamim Samur – (Kalah Ledang dengan majoriti 8,666 undi kepada PKR)
  • Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed – (Kalah Pulai dengan majoriti 28,924 undi kepada AMANAH)
  • Chua Tee Yong – (Kalah Labis dengan majoriti 3,408 undi kepada DAP)
  • Datuk Chew Mei Fun – (Kalah Raub dengan majoriti 3,159 undi kepada DAP)
  • Datuk Hilmi Yahaya – (Kalah Balik Pulau dengan majoriti 6,464 undi kepada PKR)
  • Datuk Aziz Kaprawi – (Kalah Sri Gading kepada BERSATU dengan majoriti 3,288 undi)
  • Loga Bala Mohan – (Kalah Segambut dengan majoriti 45,702 undi kepada DAP)
  • Nogeh Gumbek – (Kalah Mas Gading dengan majoriti 3,024 undi kepada DAP)
  • Mary Yap – (kalah Tawau dengan majoriti 4,727 undi kepada PKR)
  • Datuk P Kamalanathan – (kalah Hulu Selangor dengan majoriti 13,391 undi kepada PKR)
  • Chong Sin Woon – (Kalah Seremban dengan majoriti 30,694 undi kepada DAP)
  • Datuk Asyraf Wajdi Dusuki – (Kalah Pasir Puteh dengan majoriti 1,360 undi kepada PAS)
  • S Devamany – (Lost Sungai Siput dengan majoriti 5,607 undi kepada PKR)

PRU14

Sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Sumber: Malaysiakini

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here