Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan satu peristiwa yang bersejarah buat rakyat di negara ini apabila Pakatan Harapan akhirnya berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) hasil dari tsunami rakyat yang bersatu menginginkan perubahan.

 

Parti Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak seolah-olah sudah hilang kepercayaan daripada rakyat. Ini terbukti apabila ramai calon terkenal Barisan Nasional tewas kepada calon dari Pakatan Harapan, antaranya termasuklah bekas MB Johor – Khaled Nordin, bekas Menteri Kewangan II – Johari Abdul Ghani, Razali Ibrahim dan ramai lagi.

Tsunami Rakyat
Tsunami Rakyat – Pakatan Harapan tewaskan BN buat pertama kali dalam sejarah.

Jika dilihat, kekalahan BN kali ini adalah berpunca dari Najib Razak sendiri. Sejak memenangi pilihan raya pada tahun 2013, Najib dipalit skandal memanipulasikan 1MDB untuk kepentingan beberapa individu penting, termasuklah sejumlah RM2.6 billion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadinya.

Meskipun seluruh dunia yakin bahawa Najib adalah bersalah, beliau masih menafikan terlibat dalam salah laku tersebut. Mana-mana individu yang bersuara untuk menegakkan keadilan ditangkap, manakala beliau kekal bebas.

BACA JUGA :   Apa Kesan Penukaran Kerajaan Terhadap Pelaburan China Di Malaysia ?
Tsunami Rakyat
Skandal 1MDB adalah salah satu kesilapan Najib yang memakan diri.

Skandal itu mengakibatkan reputasi Najib tercalar teruk di mata rakyat Malaysia.

Ditambah dengan kegagalan Najib menguruskan masalah kos sara hidup dan pelaksanaan GST, majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan Barisan Nasional dan mahukan perubahan dalam kerajaan yang memerintah.

Babak-babak kejatuhan Najib bermula apabila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir mengumumkan untuk kembali ke arena politik bagi menjatuhkan Najib yang memerintah dengan tidak telus dan penuh unsur kleptokrasi.

Tsunami Rakyat
Rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional.

Mahathir berjaya menambat hati pengundi-pengundi Melayu yang sebelum ini setia dengan Barisan Nasional menerusi pendekatan-pendekatan yang diambil dan juga manifesto-manifesto yang banyak menyelesaikan masalah kos sara hidup.

Rakyat merasakan itu adalah sinar baru yang layak mentadbir Malaysia. Bertitik tolak daripada itu, ramai pengundi hadir dengan mentaliti “ASALKAN BUKAN BN” dan memilih calon Pakatan Harapan.

BACA JUGA :   Tok Mat & Khaled Nordin Terpaksa Dikorbankan Demi Jatuhkan Najib
Tsunami Rakyat
Tun Mahathir ketuai Pakatan Harapan dalam misi menumbangkan Barisan Nasional.

Sebab itulah ramai calon BN yang terkenal tumpas kepada calon yang biasa-biasa sahaja dari pembangkang.

Terbukti bahawa gelombang yang mahukan perubahan ini bukanlah tsunami Melayu yang pernah berlaku pada 2008, bukanlah tsunami Cina seperti 2013, tetapi tsunami rakyat yang bersatu mahukan perubahan dan inginkan Najib turun dari kerusi Perdana Menteri.

Semoga tsunami rakyat ini akan menjamin masa depan rakyat yang lebih terjamin.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here