Diperkatakan bahawa Sabah tidak mahu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Menurut Ketua Pemuda PBS, Christopher Mandut, Mahathir tidak berbuat apa-apa untuk Sabah.

Menurutnya lagi “Mahathir mengambil hak kami ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Di bawah pemerintahannya, Sabah menjadi salah sebuah negeri termiskin di Malaysia”.

Tambahan lagi, katanya Pakatan Harapan perlu lupakan sahaja hasrat untuk merampas Sabah jika masih berpendirian untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

Sabah
Sumber foto: Free Malaysia Today

Ujarnya, pemerintahan Dr Mahathir adalah perkara terburuk yang pernah terjadi di Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, PBS sejak sekian lama berjuang untuk mendapatkan hak Sabah namun dipenjarakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setiap kali berbuat demikian.

Pakatan Harapan sebelum ini sepakat untuk menjadikan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang PRU14 akan datang dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai timbalan.

Sabah

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah yang menjelaskan Dr Mahathir dan Wan Azizah adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara sehingga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai politik semula.

Bagi Christopher, Pakatan Harapan mungkin tidak sedar akan sejarah silam yang melanda Sabah dan Sarawak dibawah pemerintahan Mahathir ataupun apa yang pengundi di Borneo mahukan.

“Jika mereka tidak tahu perasaan pengundi, bagaimana mereka boleh kata mereka akan berjuang untuk kami dan semua perkara itu? Mereka tidak tahu apa yang pengundi sini mahu”,tegasnya.

Sabah

Mengulas lanjut, Christopher berkata perjuangan Dr Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersifat peribadi dan bukanlah perjuangan untuk semua rakyat.

Katanya, Dr Mahathir mahu meletakkan orangnya ditempat Najib dengan pelbagai alasan agar Perdana Menteri dapat diturunkan.

Beliau fikir dirinya lebih besar daripada BN dan boleh mengarahkan orang lain menurut perintahnya.

“Perselisihannya dengan Najib bersifat peribadi, tetapi beliau mengheret orang lain ke dalamnya. Beliau tidak akan berpuas hati dan sanggup memusnahkan apa yang dibinanya, selagi cita-citanya dipenuhi. Rakyat Sabah seharusnya tahu, kami merasakannya terlebih dahulu,” ujarnya.

Sabah

Tambah Christopher lagi, Najib banyak memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak dan kini Sabah bernasib baik mempunyai Ketua Menteri Tan Sri Musa Amam yang bukan sahaja mampu menyatukan rakyat tetapi juga menguruskan ekonomi negeri dengan jayanya.

“Jika Mahathir sekali lagi berkuasa, semua yang kami bina sejak 14 tahun lalu, ekonomi stabil, rakyat bersatu padu mungkin musnah,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here