Berikutan kisah berkaitan dengan kritikan Sheila Majid tentang kerajaan, setelah Sharifah Amani bersuara kini Adibah Noor juga telah menyatakan pendapatnya.

Menurut Adibah Noor, “bila artis bersuara, mulalah depa guna “template” yang sama untuk hentam artist tu cukup-cukup”.

Adibah Noor
Sumber foto: Oh Bulan

Tambahan lagi, menurut penyanyi tersebut, mengapa perlu mempertikaikan apa yang diperkatakan oleh artis. Sepertinya kami tidak ada hak untuk bersuara sedangkan hak bersuara adalah hak kami juga. Kami adalah rakyat dan kami juga mengundi.

Adibah Noor
Sumber foto: Oh Bulan

Hak untuk bersuara adalah ciri penting dalam perlembagaan demokrasi. Rakyat juga bebas untuk mengutarakan pendapat mereka yang tersendiri asalkan tidak menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan budaya atau ajaran agama.

Kebelakangan ini semakin ramai selebriti menggunakan hak bersuara mereka menerusi laman sosial masing-masing. Walaupun tidak salah, tidakan mereka ini dianggap berani tetapi disalah anggap oleh beberapa pihak.

Penyanyi ini juga menyatakan pandangannya mengenai serangan yang dihadapi oleh golongan artis yang hanya menyuarakan pendapat berkaitan dengan isu semasa.

“Jika artis melontarkan pendapat mereka, mereka dilabel pro-pembangkang, tidak bijak kerana mereka tidak berada dalam bidang tersebut dan hanya ingin mencari publisiti murahan” tambahnya.

Adibah Noor
Sumber foto: Oh Bulan

Mengapa kita perlu menghentam mereka yang hanya ingin menyuarakan pendapat mereka. Suara hati mereka mewakili suara rakyat Malaysia. Jangan kita kaitkan dengan kehidupan mereka yang mewah dengan pendapat mereka.

Akan tetapi, masih terdapat segelintir netizen bersetuju terhadap apa yang diperkatakan oleh Adibah Noor.

Adibah Noor
Sumber foto: Oh Bulan
Adibah Noor
Sumber foto: Oh Bulan

Salah seorang dari mereka berkata bahawa negara Malaysia adalah negara yang bebas menyuarakan pendapat bukannya negara komunis.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Oh Bulan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here