Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan secara rasmi bahawa bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe dilantik bagi mengisi jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

Beliau yang akan menggantikan kedudukan Nelo Vingada pada masa akan datang. Nelo Vingada telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Cheng Hoe
Sumber foto: Free Malaysia Today

Perlantikan ini sudah diumumkan secara rasmi melalui laman Facebook rasmi FAM. Tan Cheng Hoe mengakui terkejut dengan pelantikan itu malam tadi.

Beliau bukanlah seorang yang asing buat peminat-peminat bola sepak tempatan kerana mempunyai pengalaman yang luas. Beliau juga merupakan penolong jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal dan Nelo Vingada.

Cheng Hoe mengakui beliau bersemangat untuk membantu Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Beliau menyedari bahawa tanggungjawabnya amat besar untuk memulihkan reputasi squad bola sepak negara.

Cheng Hoe

Menurutnya, “saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Tunku Presiden kerana memberikan kepercayaan kepada saya menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya. Saya agak terkejut, tetapi apa yang pasti, saya akan beri yang terbaik”.

Beliau juga berkata bahawa untuk mengembalikan maruah pasukan kebangsaan memerlukan masa. Berikutan dengan perancangan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada Mac depan) katanya hal itu masih terlalu awal.

Hal ini kerana ingin menghadap mengadap Tunku Presiden terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Cheng Hoe

“Harapan hanya satu, saya mahu mengembalikan semula ‘ngauman’ Harimau Malaya di pentas antarabangsa,” katanya.

Selain Vingada, pembantunya iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut melepaskan jawatan mereka selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad Harimau Malaya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Semuanya Bola

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here