Ahmad Yakob mb kelantan

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan bagi penggal kedua setelah PAS terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam.

 

Datuk Ahmad Yakob yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan iaitu Dr Tengku Muhammad Faiz Petra di Istana Kota Lama di sini.

Ahmad Yakob mb kelantan
PAS terus diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan untuk mentadbir negeri itu.

Majlis angkat sumpah yang berlangsung kira-kira pukul 11.30 pagi itu disaksikan Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Majlis angkat sumpah bagi jawatan Timbalan Menteri Besar dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) akan diadakan kemudian.

Ahmad Yakob mb kelantan

Pada PRU14, PAS yang sudah mentadbir Kelantan selama 28 tahun, mengekalkan penguasaan mereka di negeri ini selepas menang 37 daripada 45 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (8), PKR (0), PSM (0) dan Bebas (0).

Sumber : BERNAMA

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here